Sunday, 30 August 2015

~Pengalaman Pertama Hantar Baby ke Nursery~

MoiAssalamualaikum...

Sejak dah jadi mak ni, tajuk entry pon dah mak mak sangat... Teheeeee... Apapun bersyukur sangat kepada Allah S.W.T sebab bagi nikmat yang sangat banyak macam ni.

"Maka nikmat tuhanmu yang mana yang kamu dustakan" (55:18)

Syukur

Syukur

Syukur

Berbalik pada tajuk entry kat atas tu... Hari ni for the first time ever aku hantar Nazurah Auni kat nursery... Sebelum ni memang aku jek yang layan kerenah little cute princess ni...

Dalam pukul 10 camtu aku pergi ke rumah Mak Noi. Sepanjang perjalanan ( eh.. Macam jauh sangat jek. Padahal tak sampai 5 minit pun) aku selawat & doa supaya dak princess ticik  ni nak tinggal kt rumah MakNoi. Harap-harap dak princess ticik ni tak meragam la...

Bagi salam, masuk rumah MakNoi... Lepaskan dak princess ticik ni dari dukungan. Biarkan dia bebas bermain dengan kawan baru.MakNoi ni baik sangat. Lembut je tengok cara dia melayan anak-anaknasuhnnye. Aku lega sikit lah bila tengok cara MakNoi ni oke, harap dak princess ticik ni pun okey la tinggal kat sini.

Setengah jam lepas tu, aku slow2 keluar dari rumah MakNoi dan tinggalkan dak princess ticik main dengan kawan baru..

Sampai kat rumah, aku still tak lepaskan fon. Manalah tahu kot kot dak princess ticik mengamuk ke... Dalam pukul 11.30 aku call MakNoi tanya keadaan dak princess ticik.

MakNoi cakap lepas dak princess ticik perasan aku takde, memamg menagis betul dia. Tapi lama2 dah okey & tengok tv dengan kawan. MakNoi cakap susu pon dak princess ticik minum habis. Aku lega sangat. Yela, sebelum ni dak princess ticik tu mana nak minum susu dalam botol. Nak direct feed aje.. Sooooo demanding...hahahahaha

Tetiba dalam pukul 1.00 MakNoi call suruh aku amik dak princess ticik ni sebab die menangis tak berhenti. MakNoi dah panik... Aku pulak jangan cakap laaaa... Bergegas trus pergi amik. Sampai rumah MakNoi dengar la suara dak princess ticik tu menangis sekejap sekejap. Bila nampak je aku kat pintu terus die kejar aku macam dah bertahun aku tinggalkan die.. Sayuuu sangat rasa masa tu

MakNoi cakap mungkin dak princess ticik tak biasa lagi. Yela ni baru first time kena tinggal. Dengan orang tak kenal pulak tu. Mungkin esok lusa makin selesa la tinggal di situ.

Sampai je rumah terus tidur. Pengsan terus.. Lama jugak die tidur. Kesian anak ummi ni.. Slow slow ea kita belajar sayang...

💖Ummi sayang Nazurah Auni💖

#ParentingTips

1. Its better to send your child to nursery/ nanny at early age. Like 3 months. Sebab bila baby dah besar baru nak hantar, susah sikit la. Jadi macam situasi aku sekarang ni. Susah sebab dak princess ticik ni dah kenal orang, dah faham kena tinggal tu macam mana.

2. Kalau dah besar baru nak tinggal, maksure kena practice paling kurang pun dua minggu
Jangan hari first nak kerja baru nak tinggalkan kat pengasuh. Just in case dia mengamuk, atleast kita bole ajar &pujuk.

3. Biasakan your child tidur sendiri.( bukan bergantung pada breastfeeding). Maksudnya sebelum anta pada pengasuh tu, ajar anak tidur dalam buaian or bila baring sendiri kt tilam dah bolrh tidur sambil hisap susu. Tu lagi bagus.

Aku pun still risau ni macam mana nak settlekan si dak princeas ticik ni. 9 days to go before i start mu new job.

Really hope that both of us can cope with this situation fpr the sake of our future... Amin....

Saturday, 8 August 2015

~Ramadhan yang telah berlalu~

Assalamualaikum....

Macam mana korang punya puasa tahun ni? Seronok tak? Amalan makin bertambah ke or sama je macam tahun lepas? Harapnya kita semua sama² dapat meningkatkan amalan... Tapi tapi tapi korang jangan stop pulak lepas habis ramadhan ni... Mentang-mentang Ramadhan dah abis, dah taknak mengaji setiap hari lepas waktu solat. Dah takde usaha nak buat amal itu dan ini... Takmo takmo takmoooo...

Supposely, kita jadikan Ramadhan ni as permualaan untuk kita terus istiqamah pada bulan Syawal, Zulkaedah,Zulhijjah, MuHarram, Safar, Rabiu'l Awal, Rabi'ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya'baan, dan Ramadhan semua....
Istiqamah dan cuba upgrade dan polish lagi amalan-alaman kita..

Aku pun tak sempurna. Post ni pun untuk peringatkan diri sendiri dan saja nak kongsi dengan uollszz...

Nak memulakan sesuatu perkara yang aku sendiri jarang buat memang liat sikit... Eh bukan sikit tapi banyak.. Ada jek alasan. Ada jek halangan. Itu lah ini lah... Tapi tu semua godaan dr syaitan dan nafsu semata. So abaikan... Lawan lawan lawan.

Bangun pagi yang penting ucap syukur dulu pasa Allah yang bagi peluang untuk teruskan hari hari yang mendatang. Then set dalam minda nak capai ape hari ni. Target memang kena plan dah sesiap sebelum tidur. InsyaAllah, bila otak kita dah di pogramkan, ia dah membantu memudahkan untuk kita laksanakan apa yang kita dah plan.

Setiap hari kalau boleh biarlah ada achivement, walaupun tak banyak, sikit pon jadilah. Dari takde langsung..

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melakukan kebaikan sementara Allah masih beri pinjam udara untuk kita bernafas.

Footnote: Sory entry dah kepam sangat. Sampai dah lupa apa yang nk disampaikan sebenarnye.