Sunday, 4 January 2015

Mommy to be~



Salam…

Alhamdulillah sekarang dah masuk trimester ketiga. Hahaha… and baru terasa nak cerita tentang first trimester dulu. Macam dah lapok sangat jew… ehhh.. xpe, nanti si anak boleh baca pengalaman aku mengandungkan dia. Betol tak?

Selalunya first trimester ni adalah critical time for preggy mommy kan… masa nil ah akan rasa muntah-muntah, pening dari pagi sampai ke malam, alahan itu alahan ini.. sampaikan ada certain case tu, nak tengok suami pun tak boleh.

Alhamdulillah, si anak ni sangat baik. Aku tak alami sebarang alahan. Maybe aku pun tak perasan yang aku dah ada ehem-ehem ni dalam perut. Yela macam mana nak perasan sebab dok memikiorkan Design Project and Research Project yang membuatkan aku tido 2 3 jam je sehari.

Cuma, masa nak dekat final exam ada Classmate tegur. Dia kata muka aku Nampak macam orang tak sihat. Tapi aku rasa oke je. Maybe sebab aku tak cukup tidur kot. Tu yang Nampak macam letih.  Masa ni aku still lagi pergi workout and jogging. Nasib baiklah si anak begitu gagah dan kuat di dalam Rahim. Yer la orang tua-tua kan selalu pesan, awal-awal pregnant ni jangan lasak-lasak sangat. Jangan angkat berat-berat, sebab baby tak kuat lagi dalam Rahim, dan bole mengundang keguguran.

 Masuk second trimester, kandungan aku ada masalah sikit. Nurse bagitahu HB aku rendah. Kalau kurang daripada 11 tu, memang masalah and korang kena usaha untuk naikkan lebih dari 11. Dan aku sampai sekarang still berusaha. Hahahaha…. Yang lain-lain takde masalah pape walaupun time second trimester ni aku and husband pernah balik Perak dari Johor naik moto FZ tu. Hebat betol si anak, kental duduk dalam peyut mummy nye.

Sekarang, still takde lagi rasa bengkak kaki atau lenguh-lenguh badan. Just malam je tak berapa selesa nak tidur. Kenapa??? Sebab si anak ni aktif di waktu malam. Jangan sampai dah keluar nanti pun still active time malam sudah la ye nak…


Hope process bersalin nanti akan berjalan dengan lancar dan Allah akan permudahkan. Hope aku akan Berjaya mengeluarkan si anak dengan normal. Takmo la creaser… Tak tahu lagi bila aku akan update log ni. Tunggu si anak dah keluar kot. Tu pun kalau umur masih panjang. Maafkan aku kalau ada kekhilafan yang aku ada buat kat korang. Wasalam.