Sunday, 13 December 2015

~SUPRISE ON DEEPAVALI~

Tajuk kemain poyo lagi kan....


Tapi betul la dak zeben suprisekan aku & dak ticik si Auni. Kitorang tak plan pun nak pergi jalan masa hari selasa tu. Yelah cuti pun sehari jek. Baik duduk rumah jek


Pagi tu dak zeben suruh berkemas cakap nk pusing- pusing JB. Ingatkan dak zeben nak bawa kitorng pergi Zoo Johor sebab haritu dak ticik si Auni ni kemain excited tengok Animal Planet.


Masa dah keluar tu baru aku perasan dak zeben tak masuk town pun, otherwise masuk highway PLUS. Aku dah mula bertanya-tanya kat dak zeben nak pergi mana sebenarnya. Nampak macam takde arah tuju. Just dapat jawapan 'Pergi jalanlaaaaa'


Aku bajet yang dak zeben nak bawak ktorang pergi Melaka kot.. Tapi dah lepas Melaka dah lepas Negeri Sembilan..  Owh what..... Dak zeben bawa kitorang balik Sungai Buloh!!!!!!! Masa tu aku dah kemaian excited... Yelah dapat jumpa mak abah & adik beradik.... Seronoknyaaaa.... Pastu dak zeben senyumsenyummmm je..


Kebetulan abang-abang memang plan nak sambut hari jadi abah walaupun dah lepas.hahahaha... Pastu kiteorang pulak buat suprise mengejut je datang KL... semua.pun dah macam happy je


Atuk & Opah Bersama cucu-cucu kesayangan...



My Lovely Family...Tapi tak complete sebab Adik  takde kat sini


Rasa macam taknak balik je... tsk tsk...




Sunday, 30 August 2015

~Pengalaman Pertama Hantar Baby ke Nursery~

MoiAssalamualaikum...

Sejak dah jadi mak ni, tajuk entry pon dah mak mak sangat... Teheeeee... Apapun bersyukur sangat kepada Allah S.W.T sebab bagi nikmat yang sangat banyak macam ni.

"Maka nikmat tuhanmu yang mana yang kamu dustakan" (55:18)

Syukur

Syukur

Syukur

Berbalik pada tajuk entry kat atas tu... Hari ni for the first time ever aku hantar Nazurah Auni kat nursery... Sebelum ni memang aku jek yang layan kerenah little cute princess ni...

Dalam pukul 10 camtu aku pergi ke rumah Mak Noi. Sepanjang perjalanan ( eh.. Macam jauh sangat jek. Padahal tak sampai 5 minit pun) aku selawat & doa supaya dak princess ticik  ni nak tinggal kt rumah MakNoi. Harap-harap dak princess ticik ni tak meragam la...

Bagi salam, masuk rumah MakNoi... Lepaskan dak princess ticik ni dari dukungan. Biarkan dia bebas bermain dengan kawan baru.MakNoi ni baik sangat. Lembut je tengok cara dia melayan anak-anaknasuhnnye. Aku lega sikit lah bila tengok cara MakNoi ni oke, harap dak princess ticik ni pun okey la tinggal kat sini.

Setengah jam lepas tu, aku slow2 keluar dari rumah MakNoi dan tinggalkan dak princess ticik main dengan kawan baru..

Sampai kat rumah, aku still tak lepaskan fon. Manalah tahu kot kot dak princess ticik mengamuk ke... Dalam pukul 11.30 aku call MakNoi tanya keadaan dak princess ticik.

MakNoi cakap lepas dak princess ticik perasan aku takde, memamg menagis betul dia. Tapi lama2 dah okey & tengok tv dengan kawan. MakNoi cakap susu pon dak princess ticik minum habis. Aku lega sangat. Yela, sebelum ni dak princess ticik tu mana nak minum susu dalam botol. Nak direct feed aje.. Sooooo demanding...hahahahaha

Tetiba dalam pukul 1.00 MakNoi call suruh aku amik dak princess ticik ni sebab die menangis tak berhenti. MakNoi dah panik... Aku pulak jangan cakap laaaa... Bergegas trus pergi amik. Sampai rumah MakNoi dengar la suara dak princess ticik tu menangis sekejap sekejap. Bila nampak je aku kat pintu terus die kejar aku macam dah bertahun aku tinggalkan die.. Sayuuu sangat rasa masa tu

MakNoi cakap mungkin dak princess ticik tak biasa lagi. Yela ni baru first time kena tinggal. Dengan orang tak kenal pulak tu. Mungkin esok lusa makin selesa la tinggal di situ.

Sampai je rumah terus tidur. Pengsan terus.. Lama jugak die tidur. Kesian anak ummi ni.. Slow slow ea kita belajar sayang...

💖Ummi sayang Nazurah Auni💖

#ParentingTips

1. Its better to send your child to nursery/ nanny at early age. Like 3 months. Sebab bila baby dah besar baru nak hantar, susah sikit la. Jadi macam situasi aku sekarang ni. Susah sebab dak princess ticik ni dah kenal orang, dah faham kena tinggal tu macam mana.

2. Kalau dah besar baru nak tinggal, maksure kena practice paling kurang pun dua minggu
Jangan hari first nak kerja baru nak tinggalkan kat pengasuh. Just in case dia mengamuk, atleast kita bole ajar &pujuk.

3. Biasakan your child tidur sendiri.( bukan bergantung pada breastfeeding). Maksudnya sebelum anta pada pengasuh tu, ajar anak tidur dalam buaian or bila baring sendiri kt tilam dah bolrh tidur sambil hisap susu. Tu lagi bagus.

Aku pun still risau ni macam mana nak settlekan si dak princeas ticik ni. 9 days to go before i start mu new job.

Really hope that both of us can cope with this situation fpr the sake of our future... Amin....

Saturday, 8 August 2015

~Ramadhan yang telah berlalu~

Assalamualaikum....

Macam mana korang punya puasa tahun ni? Seronok tak? Amalan makin bertambah ke or sama je macam tahun lepas? Harapnya kita semua sama² dapat meningkatkan amalan... Tapi tapi tapi korang jangan stop pulak lepas habis ramadhan ni... Mentang-mentang Ramadhan dah abis, dah taknak mengaji setiap hari lepas waktu solat. Dah takde usaha nak buat amal itu dan ini... Takmo takmo takmoooo...

Supposely, kita jadikan Ramadhan ni as permualaan untuk kita terus istiqamah pada bulan Syawal, Zulkaedah,Zulhijjah, MuHarram, Safar, Rabiu'l Awal, Rabi'ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya'baan, dan Ramadhan semua....
Istiqamah dan cuba upgrade dan polish lagi amalan-alaman kita..

Aku pun tak sempurna. Post ni pun untuk peringatkan diri sendiri dan saja nak kongsi dengan uollszz...

Nak memulakan sesuatu perkara yang aku sendiri jarang buat memang liat sikit... Eh bukan sikit tapi banyak.. Ada jek alasan. Ada jek halangan. Itu lah ini lah... Tapi tu semua godaan dr syaitan dan nafsu semata. So abaikan... Lawan lawan lawan.

Bangun pagi yang penting ucap syukur dulu pasa Allah yang bagi peluang untuk teruskan hari hari yang mendatang. Then set dalam minda nak capai ape hari ni. Target memang kena plan dah sesiap sebelum tidur. InsyaAllah, bila otak kita dah di pogramkan, ia dah membantu memudahkan untuk kita laksanakan apa yang kita dah plan.

Setiap hari kalau boleh biarlah ada achivement, walaupun tak banyak, sikit pon jadilah. Dari takde langsung..

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melakukan kebaikan sementara Allah masih beri pinjam udara untuk kita bernafas.

Footnote: Sory entry dah kepam sangat. Sampai dah lupa apa yang nk disampaikan sebenarnye.

Thursday, 18 June 2015

~ Pengalaman Pertama Berpuasa Bertiga~

Assalamualaikum peepss....

Marhaban Ya Ramadhan!!!

Marhaban Ya Ramadhan!!!

Marhaban Ya Ramadhan!!!

Alhamdulillah... Allah masih memberi peluang untuk aku bertemu lagi dengan bulan barakah ini..

Tahun lepas berpuasa berdua.. Itu kejap-kejap je dapat berpuasa bersama memandangkan tahun lepas aku busy dengan semester akhir..

Ramadhan tahun lepas Nazurah Auni ni da wujud dalam perut ummi... Cuma ummi je tak berapa perasan..hihihi (masa tu takde rasa any morning sickness)

So sebualan puasa tahun lepas aku lalui dengan tenang...hahahaha.. Mengidam pon takde, morning sickness pon takde, sakit pening pon tak rase.. Alhamdulillah...

Ramadhan tahun ni, Nazurah Auni dah selamat dilahirkan... Sihat, cergas, cerdas, semakin tak boleh jauh dari ummi... Hewhewhew...

Alhamdulillah selesai menjalani hari pertama puasa, its going smoothly. Yeay!!! Production of milk pon takde masalah. Alhamdulillah Allah masih bagi rezeki untuk breastfeedkan Nazurah Auni... Yang penting kena sentiasa positive... Pastu BF je macam biasa.

Waktu sahur, Nazurah Auni akan bangun sahur sekali. Semangat nak rebut pahala sahur agaknya... Nasib baik dia bangun right after dah prepare makanan. Acecece konok dah nak bangun makan je. Dia tak banyak meragam pun. Janji dapat duduk dekat dengan ummi n waleed...

Waktu berbuka pulak,.Nazurah Auni kemain excited tengok makanan.. Tambah-tambah lagi tengok air oren.. Asyik nak mencapai je. So kami bergilir la untuk main dengan Nazurah Auni. Harapnye hari-hari yang akan datang pon akan berjalan dengan sempurna, InsyaAllah....

Here some tips aku nak share untuk mommies yang direct feed kan baby and preggy mommies;

Friday, 29 May 2015

~PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG~ -PART2-



Assalamualaikum...

Okeyh kita sambung balik perkongsian tentang topic pemakanan waktu berpantang. Hari tu aku just share sikit resepi yang mak & husband aku masak kan. So kali ni aku  sharekan pulak jenis-jenis makan yang korang boleh variasikan dalam masakan. So takdelah boring hari-hari makan ikan yang same je kan....


Kat bawah ni ada senarai makanan yang boleh dan tak boleh diambil ketika berpantang. Bagi pendapat aku, setiap orang tak sama cara penerimaan makanan dan cara berpantangnya. Contoh nya macam ni: orang dolu-dolu cakap ayam dengan daging tak boleh makan. Aku makan banyak daging, Alhamdulillah okey. Yang penting makanan yang kita ambil tu seimbang ikut dalam pyramid makanan. Alah, kalau tak berpantang pon still jugak kena makan makanan yang berkhasiat, tambah-tambah lagi bila menyusukan anak. Tak boleh nak makan sembarangan. Eh, da masuk topic menyusu pulak. Kang tak pasal makin berjela entry ni.




Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING


·                     Burung puyuh
·                     Burung merpati
·                     ayam hitam
·                     ayam didik
·                     ayam selasih
·                     ayam kampung
·                     daging batang pinang
·                     Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
·                     Ikan haruan
·                     Ikan yu
·                     Ikan selar
·                     Ikan gelama
·                     Ikan jenahak
·                     Ikan merah
·                     Ikan tenggiri
·                     Ikan kurau
·                     Ikan bawal putih
·                     Ikan senangin
·                     Ikan bilis
·                     Ikan kering
·                     Ikan masin
·                     Ikan keli
·                     Ikan bawal hitam
·                     Ikan terubuk
·                     Ikan duri
·                     Ikan pari
·                     Ikan sembilang
·                     Ikan parang
·                     ikan kembung
·                     Ikan tamban
·                     Ikan cencaru
·                     Ikan tongkol
·                     makanan laut
·                                             udang
·                                             sotong
·                                             kerang

ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman
·                     halia
·                     Serai
·                     Lengkuas
·                     pucukpegaga
·                     pucuk mengkudu
·                     pucuk ulam raja
·                     lempuyang
·                     jantung pisang rebus
·                     daun atau ubi cekur
·                     bunga kantan
·                     kunyit hidup
·                     daun lemuni hitam
·                     daun kaduk
·                     daun sekentut
·                     daun kesum
·                     daun cemumar
·                     daun pudina
·                     daun kari
·                     daun bebuas
·                     daun ruku


SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.
·                     Ubi kentang
·                     Peria
·                     Sawi
·                     Lobak merah
·                     Lobak putih

·                     Ubi kayu
·                     Kangkung
·                     Petola
·                     Terung
·                     Cili
·                     Timun
·                     Tomato
·                     Brokoli
·                     Kubis
·                     Seledri
·                     Terung
·                     Timun
·                     sayur keladi
·                     pucuk ubi
·                     pucuk paku
·                     bayam
·                     sayur atau daun keti (bunga putih)
·                     kacang panjang
·                     kacang botol
·                     labu
·                     rebung
·                     jeruk maman
·                     petai
·                     jering

BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
·                     Buah anggur
·                     Kurma
·                     Oren
·                     Epal merah
·                     Strawberi
·                     Peach
·                     Prune
·                     Kismis
·                     Longan cina
·                     Nenas
·                     Limau
·                     buah lai
·                     tembikai susu
·                     tembikai merah
·                     tembikai cina
·                     epal hijau
·                     kiwi
·                     buah pear
·                     pisang
·                     jambu
·                     belimbing
·                     durian belanda
·                     mangga
·                     betik
·                     ciku
·                     langsat
·                     nangka
·                     cempedak
·                     pisang masak hijau
·                     pisang nangka
·                     pisang embun
·                     pisang udang
·                     ubi kayu
·                     ubi keladi
·                     sengkuang
·                     manggis
·                     macang
·                     kuinin
·                     binjai


LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
·                     Biskut
·                     Roti
·                     Nestum
·                     Quaker Oat
·                     Cornflakes
·                     Masakan panggang
·                     Masakan rebus
·                     Masakan kukus
·                     Masakan bakar
·                     Masakan salai
·                     Asam jawa
·                     Asam keping
·                     Tempe
·                     Burger
·                     Nugget
·                     Sosej
·                     Bihun
·                     Mee
·                     Kuey teow
·                     Laksa
·                     Telur
·                     Semua jenis ubi
·                     Semua jenis makanan laut
·                     Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.
·                     air suam
·                     air pati kunyit
·                     jus pegaga
·                     air halia
·                     air kopi
·                     air manjakani 
·                     jus halia kurma
·                     air madu
·       air sejuk
·       air bergas
·       air tebu
·       air kelapa muda
·       air jus dari buah yang tidak boleh di makan