Sunday, 28 December 2014

~ Resepsi Part-2~

Kenduri di Pontian, Johor



29 November 2014 bersamaan hari sabtu, majlis kat rumah family sheben. Tak banyak preparation nak buat pon sebab kat sini kitorang tak bersanding. Seminggu sebelum majlis Ayah bagitu semua dah setel. (Kemain excited bapak mentuaku ini). So, kitorang tak tahu nak tolong apa. Just dua hari sebelum kenduri kemas rumah sikit-sikit je lah.

Kenduri kat Pontian ni pun pakai catering, so tak banyak benda yang perlu di siapkan pun kat rumah ni. Just tunggu hari kenduri jela.

Hari Jumaat petang family aku sampai dari Selangor. Malam tu bawa dorang makan-makan kat tepi laut. Lepas tu balik homestay, berehat. Yelah penat kot da lah jauh, on the way nak datang Johor ni, confirm sangkut dekat Seremban. Kat area tu aku tak tahu la bila waktu yang tak jem nye. Dah 4 lane pon still jem lagi. Dasyat betol.

Pagi sabtu tu, sempat lagi family aku jalan-jalan area Pontian ni. Sempat la merasa naik bot pergi Pulau Kukup… Dorang nak pergi JB, tapi forsure la tak sempat.

Lepas zohor aku bersiap, dan terus gerak ke rumah sheben. Masa kiteorang sampai, orang-orang kompang dah standby. Kalau adat kat sini, walaupun tak bersanding, lepas berarak then stop sekejap, kena duduk kat kerusi sambil tengok orang silat. At the same time kompang still di palu.

Sheben dah la tak mention kat aku awal-awal tentang orang silat ni. First time aku tengok macam takut pun ada. Hahahaha…. Ape pon its fun jugak la. Then lepas pakcik tu abis pertunjukan silatnye, kiteorang trus pergi ke meja makan damai. Lepas tu macam biasa lah… makan.. sembang-sembang… amik gambo…

Masa ni la aku baru sempat berkenalan dengan family besar sheben. Family aku pulak, lepas makan-makan dorang gerak ke JayBee… hahaha.. masa ni la pon nak bejalan kat sini. Kalau saja-saja nak datang sini tak tahu la bila. Maybe tunggu baby keluar nanti kot baru dorang datang lagi. Hehehehe…

Malam tu just buka hadiah sambil beramah mesra..hahaha.. Then aku and sheben minta izin untuk balik Jb. Plannye ahad pagi tu nak gerak pergi Shah Alam senang. ( Semangat sangat aku nak Berkonvo). Tapi malangnye, tak dapat juga pergi….takpelah xde rezeki.. mana tahu ada rezeki untuk konvo time buat master pulak ke… ececece very de verangan…

So tu je lah cerita untuk both resepsi. Rasanya nak tunggu gambar, maybe masa Anniversary tahun depan kot baru di upload. Hahahaha… jangan mara ea…. Adiosss….



Friday, 26 December 2014

~Resepsi Part-1~



MAJLIS WALIMAH DI PERAK



Alhamdulillah, 1 Muharram 1436 berlangsung walimah di sebelah pihak aku. Buat kenduri kat rumah jek. Takde hotel-hotel or dewan-dewan..hehehe biase le orang kampung. Syukur sangat majlis berjalan lancar dan aku sangat bersyukur sebab hari kenduri tu tak hujan. Ye lah masa sepanjang minggu tu hari-hari hujan. Kalau hujan masa hari kenduri tu, habislah pelaminku basah.

As uolls know, aku dah selamat bernikah 1 Sya’aban kan. So takdelah kelam-kabut sangat nak prepare untuk banyak majlis. Haaaaa… untungkan kalau nikah awal. Lepas ni boleh la korang proposed kat family korang untuk nikah dulu, baru buat majlis kenduri. Personally, bagi aku nikah awal sebelum majlis walimah sangat recommended sebab, nanti nak beli barang, nak fitting baju, nak settlekan itu dan ini kita bole settlekan sendiri bersama suami kita. Masa tu ikatan dah sah kan. So senang nak buat and beli barang sama-sama. Alhamdulillah tiga orang sahabatku dah ikut jejak langkah aku. Nikah awal, then baru decide nak buat kenduri bila… Alhamdulillah syukur Ya Allah…

Oke back to my story. Jumaat malam tu just buat kenduri Tahlil untuk arwah atok dan opah. Selesai bacaan tahlil dan makan, saudara mara sebelah mak aku mula main kompang. Selalunya, sambil main kompang, pengantin akan bersanding. Ikutkan adat tu kira malam titik inai la. Tapi aku tak bersanding pon. Malas lah. Nasib baik family aku pon jenis tak kisah aku tak nak bersanding malam tu. Ala kire main kompang tu pon dah cukup seronok dah. Abis 6 or 7  lagu mereka pon pulang. Berapa kali ntah mintak tambah kopi. Aku pon tak ingat. Meriah sungguh bila keluarga besar berkumpul. Kaum kerabat sebelah mak aku ni sangat ramai. Tu yang meriah tu. Dengan sleng peraknye.. Atenye memang meriah le dengo.

Dalam pukul Sembilan pagi 1 Muharram tu, orang-orang marahaban dah berkumpul kat rumah. Dorang ni geng-marhaban mak aku jugek. So kalau ada event naik buaian, or khatam quran, biasanye muka-muka ni la yang dipanggil. Kalau korang rase nak diorang attend untuk majlis kenduri korang, boleh la dropkan comment kat bawah.. ceeewah.. kalau setakat area Teluk Intan tu bole le. Jauh-jauh ni dorang tak pergi.

So, sebelum marhaban dialunkan, majlis pagi tu dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran. Aku ajak anak saudara aku yang bujang-bujang tu untuk khatam sekali. Kalau nak diikutkan semua Sembilan orang anak buah aku tu nak kahatam skali. Tapi tak dapek den nak nolongnye… dalam pukul sepuluh setengah kalau tak silap aku majlis tu habis. Saudara mara dah ramai yang sampai. Aku sempat la lepak-lepak dengan dorang dulu sementara nak tunggu mak andam sampai.

Tips untuk korang… Sementara nak tunggu mak andam sampai tu, better korang makan sikit. Makan banyak pon takpe, hahaha.. sebab sangat la lapar sementara nak tunggu nak makan nanti. Eleh aku sure time makan beradab tu mesti korang tak lalu makan punye lah. Nak tau kenapa??? Sebab masa ni la kawan-kawan nak amik gambar la, nak sembang-sembang. So better makan awal-awal.

Mak andam siapkan aku dalam masa sejam jew. Aku suke bebenor. Yele aku mane le suke heavy makeup ni. Simple je sudehhh… wat syarat jew… hahaha… lagi pun aku ni mane la reti sangat makeup… muka pon idok lawo so simple2 aje udah.

Dalam pukul 12.30 pengantin lelaki sampai… Berdebar pulak ittew ase ( sila jangan muntah ye)..hahaha… padahal dah lima bulan jadi husband and wife. Makcik-makcik marhaban tadi jadi penyambut pengantin. Sambil tunggu kat pintu Gerbang tu aku dah muka aku dah kemain berpeluh. Yela orng tak biasa kena makeup camtu la. Pengantin laki sampai, so bersatu lah di pintu Gerbang sambil dibaling baling dengan bunga rampai…

Lepas makan beradab, macam biasalah… sesi bergambar bersama family dan kawan-kawan… dah selesai, baru lah dapat sembang-sembang dengan tetamu yang hadir.

Gambar nanti aku upload yea… entry tu aku just upload gambar je. Dari majlis nikah sampai lah majlis resepsi kat umah pengantin lelaki. Bagi korang puas tengok. Takyah baca apa yang aku membebel.

Malam pula, buat makan-makan sikit untuk family sebelah abah, sambil meraikan hari lahir abah… Seronok bila tengok semua orang happy malam tu walaupun penat.

Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Family pun happy..( yang happynye sebab dapat berkumpul dengan saudara mara). Maaf kepada yang terkurang layanan, mane lah tau ada yang aku tak perasan ke.


Okeylah… next entry aku cerita resepsi kat rumah pengantin lelaki pulak. Oke bhai….