Saturday, 11 October 2014

~ Kelebihan Berpagi-pagi~






Ramai dikalangan kita yang susah sangat nak bangun awal pagi. Bukan bangun pagi ye. Kalau bangun pukul 11 pun masih pagi juga, tapi bukan awal pagi. Sememangnya kalau dah jadi kebiasaan, agak sukar untuk kita berubah. Dari semua sudut pun kalau kita nak berubah kearah yang lebih baik mesti memerlukan banyak pengobanan dan memerlukan paksaan. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita tengok kebaikan bangun awal pagi dari sudut agama..



Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya.

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dsb.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki.




Kita tengok pula kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan



Fakta 6 Kelebihan Dan Kebaikan Mandi Sebelum Subuh | Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. 

Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

Fakta 6 Kelebihan Dan Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Jom mandi sebelum subuh mulai esok!!









~Dugaan Dan hikmah~


Salam peeps....


Rasa macam dah lama sangat tak update perkembangan diri kat blog ni. Kalau ikut dari bentuk badan memang dah sangat mengembang.

Kalau nak diikutkan, memang banyak bebenor nak di kongsikan. Tapi masa sangat mencemburui. Ewah….


22 Ogos 2014 – Arwah Opah kembali ke rahmatullah.
Masa tu aku kat rumah Johor. Abah call dalam pukul 10 malam bagitahu opah dah takde. Patut la sepanjang hari tu aku rasa sedih je. Tapi tak tahu kenapa. Ingatkan sebab mood swing. So, sheben tak masuk kerja shift malam tu and then kiteorang gerak balik Perak. Dalam pukul 4pagi baru sampai.

Aku terus pergi rumah Arwah. Lepas sedekahkan Yaasin, aku balik rumah mak sekejap. Rehatkan badan sekejap (Rumah Arwah dengan rumah mak dekat jerr). Lepas solat subuh, terus gerak pergi rumah Arwah balik. Tolong uruskan apa yang patut. Bila orang masjid selesai ziarah, aku sambung balik bacakan Yaasin…

Memandangkan semua anak arwah lelaki, so mak and adik-adik iparnye lah yang uruskan masa mandi dan mengkafankan arwah. Alhamdulillah, sebelum waktu Zohor, Arwah selamat di kebumikan.
Semoga Arwah Opah tenang bersama golongan orang-orang yang beriman.


29 Ogos 2014- Abah masuk Hospital
Masa ni aku ada kat Port Dickson, attend walimah kazen sheben. Adik aku call bagitahu kaki abah bengkak and abah lemah sangat. Masa ni memang tak keruan aku kat rumah kenduri tu. Nasib baik adik and abang aku keep on update tentang abah kat aku. Terima kasi korang!

Nyah cakap abah tak teruk sangat. Just lemah sikit, mungkin masih terkejut lagi atas pemergian mak nye( Arwah Opah). Ayah mentua pun pujuk aku jugak, cakap takdepape, sikit je tu. So aku cam tenang sikit la.
Hari sabtu, selesai walimah kiteorang balik Johor terus sebab ingat abah makin stabil. Malam tu adik bagitau kaki abah semakin bengkak and ade air bisa tu. Doctor diagnose kena jangkitan kuman. Pagi esoknye, aku ajak sheben balik perak. Cam tak boleh nak fikir dah. Kesian gak kat sheben baru minggu lepas balik perak, pastu pergi Negeri Sembilan, pastu ni balik Perak balik.

Sampai hospital, nangis aku tengok abah. Abah tak sedar. Mungkin kesan daripada ubat tu. Siang aku and sheben jage abah, malam mak and adik teman abah kat hospital. Empat hari sheben kat Perak, rupanye abah tak sedar langsung yang sheben ada jage abah kat hospital. That’s mean seminggu jugak lah abah tak sedar walaupun abah bercakap. Seminggu pertama tu memang abah tak ingat sape yang dating melawat abah.

Masa hari ke empat, kaki abah makin bengkak macam kaki orang melecur yang ada air bias tu. Doctor siat kulit kaki abah. Masa tu aku memang tak tahan, aku menangis je sepanjang small operation tu. Aku ni memang fail sikit tengok benda-benda ngeri ni.

2minggu jugaklah abah stay kat hospital Teluk Intan tu. Dari segi kesihatan, dalam 2 minggu abah dah sihat, Cuma luka dari yang kena siat tu still tak kering lagi. Doctor bagi balik, tapi luka tu kena pergi cuci kat klinik. Syukur la sebelah rumah tu memang ada klinik kesihatan. Senang la nak bawa untuk cuci.

Tak lama pun dapat duduk rumah. Sebab abang ajak duduk kat rumah die. Tak bole focus nak kerja katenye risaukan abah. Duduk rumah abang pun dalam 2minggu dan luka pun semakin kering dan abah pun dah bole berjalan sikit-sikit.. yeayyyy im so happy.

Bila da boleh berjalan tu, mula lah ajak balik rumah aje. So abang aku hantar lah balik. Dan aku pun balik ke Johor jugak. Biasa lah rindu kat sheben dah.. ececece…

 InsyaAllah semua yang berlaku mesti ada hikmah... I'm Redha with that..

Dan sekarang ni, aku tengah buat preparation untuk walimah yang tak lama lagi… InsyaAllah nanti aku update pulak untuk kenduri.

Oke. Korang pon dah penat nak baca kan… tata