Sunday, 27 April 2014

Kuliah Maghrib by UAI




Assalamualaikum…

Alhamdulillah semalam Allah bagi rezeki untuk menghadiri kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus(UAI). Kiteorang sampai nak deket masuk waktu maghrib. So kalau dah dating lewat ni, faham-faham jela nak cari parking macam mana kan… so, kiteorang decide parking jauh pun takpe. Asalkan senang nak parking and bole exercise jalan jauh sikit.. hehehe ayat klise nak sedapkan hati.

Selesai solat maghrib berjemaah, UAI pun starts the kuliah. Sejam pertama, UAI terang kan tentang dengan details about bersuci dan solat. Part ni kiteorang tak dapat dengar dengan clear sangat sebab speaker tempat kitorang tu tak best. Soundnye kembang. Yang aku dapat faham, bila sebut bab bersuci, terkadang kita rasa pakaian kita dah cukup bersih untuk dipakai ketika solat. Tapi, macam mana kalau kita tak perasan,contoh masa kita berhadas tu ada najis yang terkena pada pakaian kita. Nampak macam simple, tapi sebenarnya kita sangat perlu berhati-hati dalam menjaga kebersihan ni.

Lagi satu UAI ada kasi contoh, waima kalau arak terkena pakaian kita pun, still tak sah solat kita. Sebab arak tu dikategorikan sebagai najis. UAI juga ada kaitankan pengambilan ubat sebelum kita melakukan ibadah. As we know dalam setiap ubat akan ada dose of drugs kat dalam tu. We should follow cara pemakanan ubat tersebut dengan betul. Incase kita ambil secara berlebihan, kita akan overdose and for sure kita buakan dalam keadaan yang waras. So, solat kita pun jadi tak sah sebab melakukan ibadah dalam keadaan yang tidak waras.

Makin lamamakin tak dapat nak faham apa yang UAI sampaikan. Kiteorang bangun and cari port baru yang bole dengar dengan clear. Lepak kat luar ruang solat. Best gak viewnye. Angin pun sepoi-sepoi Bahasa. Jelas dan terang dapat dengar apa yang ustaz sampaikan. Masa ni dah masuk part Q&A. alaaa…. Part yang orang Tanya macam-macam soalan tu. Ada yang bertanya:

Q: Ustaz, boleh tak kalau baca quran yang dalam fon or tablet, tapi tidak berwudhuk?
A: Boleh. (Sorry, part ni aku tak berapa ingat apa explanation nye)

Q: Aurat anak angkat dengan ibunya, tetapi ibunya tidak menyusukannya ketika kecil
A: Auratnye sama seperti bukan mahram. Kalau nak tu lelaki, so maknye kena tutup aurat sama   seperti dengan lelaki-lelaki bukan mahram yang lain. Walaupun anak angkat tu di jaga sejak kecil. So sama juga dengan anak angkat perempuan.

Q: Ustaz, boleh tak saya pakai serban, walaupun saya ni orang biasa yang tak cukup ilmu.
A; Boleh, tak salah. Allah pun suka kalau hambaNya ikut cara pemakaian Rasullah S.A.W.

Banyak lagi soalan-soalan yang di Tanya. Yang terkadang kita rasa benda tu simple, so kita pun terlepas pandang. Terima kasih UAI kasi kuliah dan membuka fikiran kami. Banyak input yang berguna disampaikan. Hope nextime dapat join lagi kuliah-kuliah ni. Walaupun bukan UAI yang sampaikan.
















Dalam pukul 10, lepas abis Q&A, solat isya’ berjemaah dan pogram pun selesai. Sempat pose lagi sebelum balik. Bukan balik kolej terus, haruslah mencari makanan…masing-masing dah lapar. Motif sangat nak makan kat Concorde kan waktu-waktu camni. Singgah makan kat Cili Merah, baru nak duduk orang kedai tu cakap, “dik, kedai dah tutup.” Oke malu. Hahaha… pusing-pusing area tu, kedai mamak confirm la bukak lagi, tapi tersangat lah penuh. Ada game bola kot semalam.

Atlast balik makan kat seksyen 7 je. Makan sambil sembang-sembang bukannye sedar dah nak dekat kol 12. Sah-sah gate kolej tutup pukul sebelas kan. Tanpa rasa besalah, nak masuk kampus pun dah tak boleh ikut gate seksyen 7, kena lah pusing masuk ikut main gate. Nampak macam cool. Tapi sebenarnya tengah cuak. Tak tahu nak jawab ape dekat guard. Yelah kemain lambat lagi balik. Memang rezeki betol semalam. Ada bus masuk dalam kolej mawar tu. Maybe hantar students yang baru balik pogram kot. So, dengan confident nye kiteorang pun masuk sekali. Konon-konon cam lecturer pengiring la.. hahaha… takut gak guard tahan masa nak masuk tu. Aku senyum n angkat tangan, pak guard bagi masuk je… memang lega gila masa tu. Nextime boleh la buat lagi..hahaha =D

Tamatlah kisah semalam. So, arini and so on, back to normal. Setiap hari menghadap design project, research project, kelas, assignment and test. Kekandang tu aku kena psiko kan diri ini… takpe, apa aku buat ni,insyaAllah berbaloi untuk masa depan. Korang tolong doakan kejayaan aku taw.

Wassalam…



  

Tuesday, 1 April 2014

Abang bongsu kita dah kahwin :)



Assalamualaikum....


Entry tittle pon dah happy semacam kan??? Opkoss lah kite happy, sebab abang kite dah selamat di ijab kabul kan. bertambah lagi seorang kakak ipar... lepas ni turn aku lah pulak... hehehe... gataiii... 

30.03.2014.. tarikh bersejarah untuk abang aku. why??? why?? why??? Because it was his birthday!!! and he got a big and precious present.. a wife. haaa... betoi lah.. awat korang semacam tak percaya. Untung kan hadiah birthday, dapat seorang isteri. hihihi.. hadiah birthday aku nanti nak mintak hadiah seorang suami lah.. ehehehe.. boleh ker camtu.. =P..

Kakak ipar aku yang ni dekat jer. Orang Tanjung Karang, Selangor. So masa nak menghantar rombongan pengantin, memang ramai jirang tengga dan saudara-mara yang datang. Kalau tak silap, sebuah van dan dua belas buah kereta. Boleh bayangkan lah tarap keramaian yang menghantar. 

Dorang semua excited nak tengok abang aku bersanding. Yelah, dlam lima-lima abang aku, dia sorang jer yang paling senyap. Eh, aku pun senyap dan pemalu juga orangnya... (plezz jangan muntah sekarang...hewhewhew)

Meh la aku belanja sikit gambar-gambar masa kenduri hari tu...


Ni masa nikah. Sebelum nikah, tok kadi tu siap mintak ic lagi. Nak makesure betul pengantinnye. Lepas tu tok kadi ni bacakan khutbah. kemain lama lagi khutbahnya. Dah macam khutbah solat jummat dah. hahaha...Aku tau abang aku ni mesti sangat nervous. Tok kadi siap suruh practice dulu sebelum lafaz akad betul-betul. 







Masa tok kadi tengah bacakan khutbah, aku dengan adik aku ni sempat lagi pose. Memang menyempatt je.


Dengan sekali lafaz, alhamdulillah abang aku sekarang sudah memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Besar tanggungjawab tu. Ingat tau!




Lepas semua selesai, kiteorang bergambar la... apa lagi nak tunggu kan.. hahaha.. tapi masa ni si pengantin sebuk ambil gambar. so kitaorang snap dulu lah...



 Lepas ni dah takde lah gambar bertiga lagi. huhuhu... Masa ni abah tak sihat sangat. Apapun anakmu ini tetap mendoakan kesejahteraanmu...


Kalau tadi dah bergambar dengan kakak-kakak ipar, sekarang turn adik-beradik ambil gambar bersama pengntin pulak. Eh korang jang la pelik sangat. Actually, dalam aku ada lima orang abang dan seorang adik perempuan. kalau tak percaya, try lah kira. Cukup tak??? 

Eh eh.. siapa pulak ni....

Bersama sebahagian nephews and nieces



Eececece.. bajet ensem la pakai baju pink tu...hahaha.. tengah bersiap-siap untuk majlis bersanding.



haaaa.... ramai tak? ramai tak? ni baru sebahagian keluarga..


Syukurlah masa kenduri ni tak hujan. Tapi sangat panas. habis makeup iolls caer... Masa ni nak tunggu pengantin perenpuan turun... Kemain berkicap menunggu.

Comey kan baby ni. Nama dia Syazwina... Papa die sebok nak nama sama dengan aku....
sementara tunggu pengantin perempuan turun, sempat la main selfie, selfie ngn baby ni..



Finally, turun jugak ye kau kak...Selamat pengantin Baru!


Ni mak aku punya geng...



Kan aku dah cakap makeup aku cair. Abaikan tudung yang dah senget benget tu.. saje je aku nak sebok-sebok kacau pengantin nak potong kek.wakakaka


 mereka tak ready lagi... heheh... ni sume adik beradik aku bersama kakak-kakak ipar... eh. adik aku takde time ni.



Aku doakan semoga abang aku boleh menjadi ketua keluarga yang terbaik. Semoga Allah memberikan barakah dan rahmat untuk mereka berdua. dan semoga cepat-cepat dapat menambahkan bilangan anak buah...