Wednesday, 19 March 2014

~ Girls day out~



Assalamualaikum

Uolls sihat ke? Kat area Shah Alam  dah kembali cerah dari jerebu.Alhamdulillah. Aku rasa lagi teruk jerebu kali ni berbanding tahun lepas. Kepada kawan-kawan yang tinggal di kawasan-kawasan yang terncancam dengan haze ni, aku nasihatkan jaga kesihatan. Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehydration. Kalau rajin, kerapkan waktu mandi anda( tapi area Klang Valley ni kawal penggunaan air. Kan kena catu..hikhikhik..). and one more thing, terhad kan aktiviti di luar rumah. Kalau yang nak pergi kelas atau keluar bekerja tu, jangan lupa pakai mask. Atlest kurang lah sikit particulates yang masuk dalam rongga kita.

Panjangkan mukadimah iolls. Aku dah masuk final sem. Beberapa bulan je lagi dah nak grad. Tak sabar rasanya. Tapi…. Nak mengharungi sem ni, aku nak sangat masa bergerak dengan lambat. Lagi lambat dari kura-kura berjalan. Bukan sebab sayang nak tinggalkan kampus ni. Tapi tak sanggup nak melalui keperitan sem ni. Design Project and Research Project for sure akan buat aku tak tidur malam. Tu belum di tambah dengan report dan assignment untuk tiga subject yang aku ambil sem ni. Harapan aku sangat tinggi. Untuk menghabiskan tugasan terakhir dengan jayanya.

Memandangkan projects and assignments sudah pun menempek di dalam otak ni, so rabu lepas aku keluar dengan gefrenz.. classmates (tapi tak semua pun yang join). Bukan senang nak ajak dorang ni keluar. So bila dapat peluang ni, kitorang grab la.. yahoooo

Takdelah jalan or lepak tempat grand pun. Just makan kar D’kayangan steamboat and grill je. Kat Seksyen13 Shah Alam ni jew. Harga pun murah dan pilihan pun banyak.  Kitorang sampai dalam pukul 7.00 malam. So solat magrib kat sana. Walaupun suraunya agak kecil, tapi selesa. Just kena ambil wudhuk kat toilet and the toilet jauh sikit dari surau.

Sambil makan, gosipgurlz,gurau-gurau. Best. Meriah. Ceria. Tak sedar makanan pun cepat je habis. Masa turn aku ambil makan-makanan kat luar, someone tegur aku.

“Kak syaz!”(aku buat bodo je time ni. Tak bajet pon die tegur aku)
“kenal kite tak? Kite junior akak.”(masa ni aku senyum je. Dalam otak ni jenuh search data sape lah minah ni)
“ala…. Junior masa akak la…”
“haaaa…. Asnida kan… sory la muka kenal. Tapi lupa nama”(padahal masa ni malu gila kalau salah nama)
Teruslah kiteorang bersembang. Allah nak tunjukkan kan, dunia ni kecil je..huhu.. Bila aku dah balik ke meja makan, Ain cakap, Wani ni pergi mana-mana mesti ada orng tegur dia. Famous sangat. Cepat-cepat aku cakap tak. Ala nak buat macam mana. Tak kan kita nak sombong pulak kan.
Dalam pukul 10, kitorang gerak balik. Biasalah budak asrama mana boleh masuk lambat. Sebelum balik sempat lagi posing kat luar. Tak banyak snap pic pon, sedap sangat melayan makan. Sampai lupa nak snap.hahaha…

 















Sory Asnida… Kite mintak tolong awak snapkan gambar kiteorang sampai terlupa nak ambil gambar bersama. Semoga Allah panjangkan jodoh kita untuk berjumpa lagi.




Tuesday, 4 March 2014

~.A.w.a.n.~



Awan...

Tika bersua, waktu berputar tidak dirasai. Menyingkap memori dan kupasan berita selama tidak bertemu. Melewati hari-hari, meluangkan waktu bersama dengan gelak ketawa.

Tika hampir berjauhan, engkau sudah dapat membaca kelemahanku. Engkau memastikan aku akan sentiasa berkata-kata. Di saat aku menyepikan diri, engkau memberikan kekuatan kepadaku. Seolah dapat membaca fikiranku. Perasaanku disaat itu.

Tika berjauhan, hanya doa penghubung kata. Hanya dengan doa, dapat menyampaikan isi hati. Hanya dengan doa, dapat merasai. Hanya dengan doa, dapat memulihkan semangat ini. Hanya dengan doa, kupohon kekuatan ini. Hanya dengan doa, semoga ia diredhai. Hanya dengan doa, semoga pengharapan ini menjadi kenyataan.

Terima kasih,
Menerima diri ini seadanya,
Melayan kerenah diri ini semahunya,

Memberi semangat sepenuhnya.