Wednesday, 26 February 2014

Kalumpang Resort




 Hai peeps....


Hujung minggu memang best untuk family gathering. Dan aku pun tak lepaskan peluang ni untuk spend time ngan family. Yelah next week dah start kelas. Aku pun tak sure otak aku ni dan well prepared ke belom. (Confirm lah belum, even dah start klas nanti pun belum tentu well prepared) hikhikhik….

So this time kiteorang decided nak pergi Kalumpang resort. Kalau dari rumah aku, nak dekat dua jam jugaklah baru sampai. Its locate at Kuala Kubu Baru kot. Tak pun dekat-dekat situ lah. Nah try usya maps ni.




Tempatnye cantik, bersih and sangat lah sesuai kalau korang nk bawak budak tecik. Sebab air nya takdelah dalam sangat.

Mesti korang tak sabar nak tengok tempat tu camne en en en…. Sat naaaa.. (p makan roti seketol sat…hehehe)



Okeyh..jom tengok sesame… (Sorry tak banyak gambar, sebab sonok sangat berendam)


















best kan? Air pun jernih je kan... kawasannya pun redup dan cntik. Pendek kata memang mother nature lah..hahaha...Environmental friendly gittewww...








Ni pulak gambar-gambar kat depan villa tu. kalau ada sesiapa yang rasa nak tidur kat sana, harga untuk satu malam RM1500 untuk weekdays and RM1600 for weekends. Villa tu ada 5 buah bilik yang sangat cantik dan besar, and ada swimming pool, ada jugak padang bola. Villa ni fully furnish and if korang nak masuk just bawa baju-baju and makanan jew.




Haaaaa…. Amacam???? Seronok kan? Ive told you ritee… Hehehehe…. So, kalau korang rasa nak pergi, sangat-sanagt dialukan. Eh, lupa pulak nak bagitahu. Kalau nak masuk tempat ni, kene bayar RM5 seprang. Kanak-kanak RM3(kalau korang tak stay kat villa tu la). Sangat murahkan. So apa tunggu lagi, weekend ni pergi la berpicnic di sana.

Pihak resort ni juga ada sediakan package untuk nightwalk. Harga untuk tu aku tak sure pulak. Aku tak tanya.





Sunday, 23 February 2014

Rindu itu...



Desir-desir angin,
menimbul seribu ingin,
terasa meresap sukma cinta,
membakar hatiku yang dingin.

Desir-desir daun,
melarik pohon merimbun,
merangsang rindu bertemu,
bilakah cinta akan bertamu?

Ah...bila cinta yang SATU,
mudahlah kita bertemu,
jauh pun bukan alasan,
pada satu pertemuan.

Dalam solat aku doakanmu...
walau jarak kita beribu batu,
munajat ini mekar bersama rindu....

Cinta Kerana Allah..





Awan....aku rindu......