Thursday, 26 December 2013

~ Jumaat Terakhir~



Salam sayyidul ayyam guys..


Sangat cepat masa berlalu kan, dah nak habis tahun 2013. So camne, korang punya azam untuk tahun 2013 tercapai tak? Kalau dah teercapai jangan lupa untuk bersyukur sebab Allah dah makbulkan permintaan kita. Kalau ada yang masih belum tercapai tu, usaha dengan lebih gigih untuk dapatkannya pada tahun hadapan.

Memandangkan hari ini merupakan Hari Jumaat Terakhir dalam tahun 2013, aku nak share ngan korang sesuatu yang aku harap kita semua boleh amalkan Walaupun tak semua, tapi kita cuba slow-slow insyaAllah Allah akan tolong kita untuk melaksanakannya. Yang penting niat kena LillahiTaala...







1. Mandi Sunat

(Dari Ibnu Umar ra.), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).



2. Menghiaskan Diri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.


3. Merapikan Diri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





4. Membaca Surah Al-Kahfi

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



5. Perbanyakkan Doa

Sabda baginda yang bermaksud :
Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat

Sabda baginda yang bermaksud :
Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.




Semoga kita semua beroleh manfaat dari apa yang Nabi Muhammad S.A.W tinggalkan untuk umatnya yang tersayang.




~Thanks!~




Terima Kasih Awan!!!!!






Thursday, 19 December 2013

~ LOve Letter I :Dear Awan~


Dear Awan....





Hear me Awan....


















InsyaAllah.. if Allah nak kita berjumpa, mesti Allah akan permudahkan caranya kan...


Just let it be.. follow the path..




with love,
Angin

Thursday, 12 December 2013

~ Can u feel it~








~ Engineer to be Gala night~




Assalamualaikum.. holla guys…



Maafkan diri patik membiarkan blog ni bersawang-sawang… Bukan tak cukup masa, aku sangat bersyukur dengan nikmat masa yang Allah dah berikan. Just ada benda yang lebih penting harus aku utama kan sebelum update page ni.

Amacam tittle entry kali ni?? Korang rasa cam best tak? Hehehehe… Actually takde lah best mana pun. Dua puluh sembilah November lepas, fakulti aku menganjurkan Malam Pra-Graduan. Khas untuk pelajar tahun akhir. Tapi lebih untuk meraikan pelajar semester akhir.. Walaupun aku baru sem tujuh, tapi aura dah nak grad tu dah terasa rasa dah…ahakzzzz… perasan..
 First of all I’olls pon nak jugek seboksebok save the date untuk 11.12.13 ni…
That’s why hari ni baru iolls hapdate cerita-cerita basi iolls…

Baiklah.. mari kita masuk kembali dalam flash back cerita dua minggu lepas,,,Aku cam takde feel and excited pon masa nak join dinner ni. Tapi bila fikir-fikir balik, ni jela masa nak spend time dengan kawan-kawan satu batch and seniors..So aku pun pergilah. Malam tu, temanya coorperate attire, tapi aku dah macam terkeluar tema sikit. Nasib baik aku bawak blazer as penyelamat. Kire okey lah ennn, orang pegi office kan pakai blazer. ..

Majlis start pukul 8.30 kat De Palma Hotel, Seksyen 19 kot. Tak Ingat lah. Tapi yang best nye pukul 8.30 tu aku ngan kawan-kawan yang lain masih kat kampus lagi. Tapi kitorang chill jek masuk lambat dalam ballroom tu. Kiteorang datang nak makan jek.

Performance dari juniors malam tu not bad la… Bese la budak-budak baru nak up. kiteorang hakak-hakak and habang-habang ni layan je lah. Tak kisah la persembahan korang camne pon dik.. Yang penting makanan malam tu sedap. Alamak sebut tentang makan aku lupe plak nak snap makanan yang sedap-sedap tu.


Korang mesti bosan nak baca panjang-panjang kan.. Jom layan gambarsss.. Sambil tu aku cerita sikit-sikit.. Oke betoii.. cikittttt ja aku ceghitaaa


Ni geng buat pogram untuk subject ethics. Seee... bila jadi kaum minoriti memang kena buli je la..

Mereka kata kami kembar tiga.. Kenapa??? Sebab jaw and pipi dah sama bentuk.. Pau sangat!!!

Gegirls fwens.. ukhwahfillah till jannah... amin... 





hokey uolls... diz iz my classmates dari sem 3 sampai sem lepas.
Sem ni and sem depan kitorang dah pecah-pecah, Buakn sebab gadoh.. Buddyz kot. Takkan terpisah.
Just because kiteorang dah pecah ikut elective masing-masing.
Ada yang ke petrochemical, enviroment, and polymer.
Tapi bila jumpa sebok lah cedey-cedey rindu sebab kelas dah tak same.. Gediknesss..ahakzz!




Ni pulek.. sahabat dari zaman diploma lagi.. Harus lah Kina ni kena amik gambat dengan aku. Aku ni kan bahu dan telinga die.


Ni pulak, Lecturer yang awesome. Madam Rafeqah ni ajar aku sem ni. Dah la comey.. cara dia ajar pon paham. Hope aku bole lah score subject dia. Aminnn.... Eh nak score sume subject la. aminnnnn

Again... classmate yang paling havoc havoc havoc...

Ni team-mate aku untuk design Project. Oh yess.. he's the only guy among five gegirlzz... Opss.. ada lagi dua orang team-mate aku. Tapi tak jumpe pulak dorang kat mana time ni. 


Aku pon tak tau la apa yan dorang kenakan aku masa ni.

Da gossipss gurlzz..hahaha.. manade gosip.. Tak bek taw!


Aku memang suke kasi gambar spoil.. Chill la member..







Weyh.. aku baru perasan sekang dah 12.12.13... Okey lah tu tarikh chantek jugek ni.. choss..