Tuesday, 22 October 2013

~ Doctor or Chemical Engineer~



Assalamualaikum peeps...

Amacam? ada sihat kah? Im so sory, sian sangat kat belog aku ni. Da bersawang-sawang dah. Meh aku lap lap cikit. Okeyh done! Arini nak cerite tentang ape eh...Haaaa??? Ape?? Ape?? Tak dengar la.. (Tangan pegang telinga) Kenapa dah lama tak update? Tak bukak laptop ker??

Amboii.. kemain banyak soalan yang aku buat-buat tak dengar. Bukan aku tak online, tak bukak laptop. Hari-hari aku turn on my lappy iolss ni taw. Cumanye masa untuk update belog takde. tak sempat nak update.Kenapa??

Sebab sekarang ni aku kan dah start buat Design Project and Research Project. So masa aku banyak aku korbankan untuk cari bahan buat project-project ni.... Harapnya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Aminn...

Selain dari all da projects, Sem ni juga aku amik empat subject lain. Nanti aku listkan sem ni subject apa yang aku belajar. Untuk subject elektif, so far boleh tahan la....Sem ni aku rasa ada satu subject yang super dupper susa.... Kat course outline tu pon dah state ni hardcore subject. Aku tak boleh give up okey. Akan ku teruskan usaha untuk mencintai subject particles ni...

Tadi... ada tutorial untuk kelas particle technology ni. Aku suka masuk kelas ni. Walaupun subjectnye sangat susah, tapi kelas ni lah the only class yang semua classmate sem lepas bergabung. Yelah untuk tiga subject yang lain, ikut elektif masing-masing. Masa buat design & research projects pulak memang sangat susah lah nak jumpa classmate.

Eh.. dah tersasar topik pulak. Okey berbalik pada cerita kat kelas particle tech tadi ye kawan-kawan... Masa Dr. Norazah tu ajar and explain how to determine the size of particles yang spherical and non-spherical, tetiba dia cerita :

 Kamu rasa kalau people care about what did u calculate and determine just now??? Orang yang tak faham mesti akan cakap, perlu ke nak kena kira size serbuk tepung, pasir or serbuk yang kat dalam pil tu?? penting ker???

Kalau korang nak tahu, sebenarnya itu sangat penting ye. Aku kasi example pil ubat yang korang selalu telan tu. Actually, the real thing yang sembuhkan sakit korang tu, tersangatlah kecik. Sebab sizenye diameter particle of ubat tu in micrometer. Can uolls imagine now??? Haaaa.. sangat kecik kan... Then kenapa pil yang korang makan tu besaq plak? Sebab, tu just tepung yang di compact kan je. Sebabnye, korang bole nampak ke kalu nak kena amik ubat yang sizenye 0.1micrometer... Thats why, kalau doctor suruh korang makan ubat, jangan la pecah-pecahkan ubat tu. Jangan makan separuh je. tak pasai ubatnye terbang... hahahaha


Lepas tu lecturer tu cakap lagi, sebenarnya chemical engineer ni sama je dengan doktor. Dah kenapa pulak lecturer aku cakap cam tu? Sebab...... doctor merawat orang kat hospital, engineer merawat masalah yang berlaku kat industry, plant and any petrolchem department. 

Lepas lecturer cerita cam tu, tetiba rasa semangat pulak nak belajar.hehehe.. nak jadi doctor.. Harini kelas aku ada dua jek. Ingat balik bilik nak tidur, tapi jap lagi nak kena pergi jumpa lecturer yang jadi SV untuk Design project. Alamak dah pukul tiga lebih.. Pukul empat ada meeting pulak. Aku choww dulu la. Adioss... next entry aku upload gambar.. tatata 

Friday, 18 October 2013

~ Rahmatilah hambaMu ini~





Ya Allah, 

Kau yang Maha Mendengar Kau yang Maha Mengetahui. 

Ampunkan hambaMu ini 


Ya Allah,

 hambaMu yang sering lalai dengan duniawi, 

leka dengan amanat2 Mu yang sepatut dijalani. 


Ya Allah, 

Kau jadikan aku sebagaimana mulanya aku. 

Kau lembutkan hati aku. 

Kau jodohkan aku dengan Adamku, andai jodohku jauh dariku, 

Kau dekatkan denganku 


Ya Allah,

 Andainya benar dia jodohku,

bakal imamku, 

Engkau tuntunilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati. 


Amin...




Monday, 7 October 2013

~My First Day in Semester7~


Assalamualaikum.. holla guys.. hows your monday??? Say no to monday blues hokey....


Dengan itu pagi tadi aku excited sangat nak pergi kelas. Biasalah mood baru… Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Mesti banyak cerita yang nak dikongsikan. Biasalah cuti kemain lama. Tambah-tambah lagi baru abis practical, so masing-masing la nak bercerita pengalaman bekerja.

Sampai kelas, kawan-kawan dah ramai tunggu kat depan kelas. Semangat nokkkk nak belajar. Sem ni ada dua subject yang tak sama kelas dengan classmate sem lepas. Sebab sem ni dah ada elektif lain… Ada tiga kos: environment, polymer or oil& gas. Mula-mula tu memang sedih sebab tak sama dengan geng yang dah biasa belajar sama. Tapi takpe, InsyaAllah dengan kawan-kawan lain pon boleh study. Bukan nye aku sorang-sorang pun.hihihihi..


Dari pkul 8.20 sampai pukul Sembilan pagi, lecturer nye masih tak nampak. Kiteorang yang kat lua kelas ni masing-masing dah berkipas. Panas. Pukul Sembilan suku baru ada orang bagitahu yang lecturer tak dapat datang. Kerata rosak. Ingat nak stay kat fakulti lah untuk tunggu next class yang pukul sepuluh setengah. Tapi niat baik tu terpaksa dibatalkan sebab lecturer tu ada seminar.Tapi kelas tu kena ganti hari khamis malam nanti.

So memandangkan seharian ni takde kelas, ada sedikit penyesalan aku balik Shah Alam ni awal. (Nak duduk rumah jekkkk cik waney ni hahahah)… Ala walaupun takde kelas, bukannye aku bole dok tidoq kat bilik pun.

Pukul sepuluh tadi, aku keluar pergi cari Pejabat Mais. Nak buat kad nikah untuk kawan aku. Shuq cakap pejabat Mais tu dekat belakang McD Seksyen2. Bila pergi, tengok bangunan nye macam tak berapa nak hidup jek. Dekat groundfloor tu penuh dengan kedai makan je. Aku buat andaian sendiri, maybe pejabatnye kat atas kot, and tak ramai oran nak berurusan kat pejabat tu hari ni. Then bila naik setingkat, nampak banya baju dan seluar bersidai. Aku pandang kina, kina pandang aku. Apa lagi kiteorang pun cha alif ba waw ta lah. Cuak derrr…

Singgah la dekat delta hotel kat sebalah kedai makan tu. Kina tolong tanya kan dekat akak yang kerja kat situ, Pejabat Mais tu kat mana? Akak tu jawab kat depan Masjid Negeri. ( Betul lah apa yang tuan punya kad nikah ni bagi instruction kat aku  haritu =.=”… Syuq bagi instruction yang salah).

Ssambung perjalanan ke Masjid Negeri. Dah sampai kat situ aku ngan kina macam blurr… Kat mana satu bangunan nak buat kad nikah ni. Turn aku pulak tanya seorang makcik cleaner ni

aku : Assalamualaikum pusn, tumpang tanya tempat nak buat kad nikah  kat mana ye?
Makcik : Kalau nikah di bangunan sebelah sana. Kalau nak cerai di bangunan ini.
Aku ; Huh??? Owh okey… terima kasih makcik

Masa ni Kina dah gelak-gelakkan aku.. Yela aku nak tanya urusan nikah. Sekalai macik tu siap bagitahu kalau nak cerai…. Nauzubillahiminzalik.. Ya Allah panjang kan lah jodoh ku dan jodoh sahabat-sahabat ku. Janganlah ada yang berpisah / bercerai walaupun ia adalah sesuatu yang halal. Amin…

Nak berurusan untuk buat kad nikad ni tak lama. Yang penting korang kena sediakan gambar suami dan isteri, fotostat sijil nikah dan bayar RM40. Senang sangat. Tapi kad tu tak boleh dapat on the spot lah. Kne tunggu seminggu. Nanti kalau aku dah amik aku akan tunjuk  kat korang.

Selesai urusan, kiteorang tak terus balik kampus..hahaha… singgah SACC Mall sat.. Cuci mata. Baru balik kampus. Ni je aktiviti aku sepanjang hari pertama bersekolah. Hahahaha.. Malam ni nak review sikit.Walaupun ofcourse aku takkan faham, sementara ada masa ni aku baca lah dulu sebelum tak sempat nak baca..

Esok ada briefing untuk Research Project dan Design Project, Harap semuanya berjalan lancar…Menikmati hari-hari bahagia sebelum pecah kepala…Hahahahaha… Adios


Nampak tak aku kemain semangat nak pergi kelas.. Tu yang pakai baju merah maroon.. Maafkan baldi roomate aku tu..hahaha



Friday, 4 October 2013

Gwangsoo Noona Vs JongKook Oppa





Hai korang, mesti korang pelik kan sejak bila GwangSoo yang kat dalam Running Man tu dah bertukar jantina. Sila jangan terpengaruh hokeyyy.. GwangSoo yang kat RM tu memang lelaki tulin… So korang mesti nak tahukan apa kena mengena GwangSoo dengan perempuan pulak. a.k.a noona.

Cam ni ceritanye, haritu awan ajak aku tengok movie kat Ipoh. Aku memang cakap awal-awal kat awan yang aku surrender jalan kat Ipoh tu. Nama jek orang Perak tapi aku tak khatam lagi jalan-jalan kat Perak ni. Then awan cakap okey je. Bila sampai Simpang Pulai and Gopeng tu aku tau la lagi. Bila dah masuk Bandar Ipoh tu, mulalah aku menggagau masuk simpang ke kanan ke kiri. Awan tu main tanya jek aku. Bila aku cakap tak tahu dok desak-desak jugek. Aku pon men sedap jela sebut kanan kiri.

Dah lima belas  minit kot, tapi still tak jumpa-jumpa jugek,Bila awan marah-marah sebab tak jumpa Jusco tu, aku pun mulalah berangin. Sebab sebelum ni aku dah pesan kat awan, install PAPAGO kat dalam fon aku. Senang lah sikit, tapi awan taknak dengar.Alternatif yang aku ada time tu, nak buka huddle, sebab nak buka navigation apps. Cari kat dalam beg tengok-tengok huddle takde. Masa tu awan dah membebel-bebel cakap aku tak check awal-awal sebelum keluar. Oke fine! salah aku lah konon, padahal sebelum keluar tu aku dah bagi kat awan.

So berbekalkan data plan yang aku guna kat Tune Talk tu, dapat la juga aku guna navigation apps. Itu pon slow sangat respond nye. Siput pun lagi laju dari internet aku tu. And finally sampai lah jugak kat Jusco. Sampai je Jusco, Awan dah gelak-gelak cam oke tak betul. Aku wat dunno je, konon dah takde mood nak tengok wayang lah.Pastu awan tanya tak nak tanya ke kenapa awan gelak.(ape punya belit belit daaa ayat aku ni…hahahaha) Then aku tanya lah dah kenapa gelak cam orang sawan?

Korang tahu tak apa yang awan cakap? Sebenarnya awan bawa huddle internet tu. Saja awan nak test kesabaran aku.( aku tak rasa awan nak test aku sebenarnya, tapi nak membuli). Dah puas gelak, awan start panggil aku GwangSoo. Aku tanya lagi kenapa panggil aku camtu. Awan cakap, yelah GwangSoo kan selalu kena buli. hadoiiii.. rasa nak cekik jek awan ni tau. Suke buli aku camni. Aku terus panggil awan JongKook Oppa.hahaha.. Sebab JongKook tu suka buli. Sesuai sangaat lah tu. Oppa…

Tu lah alkisahnya. Taapi tak jadi tengok movie pon. Awan cakap takda cerita yang awan rasa nak tengok. So kitorang pergi Ipoh tu semata-mata untuk makan dan shopping sikit. Yup sikit je. Time balik tu ak dah ingat jalan yang aku selalu lalu time balik dari Penang. Awan tak nak percaya cakap aku. Awan  nak juga guna navigation apps tu. Sampai kat satu exit tu, apa yang aku bagitahu dengan yang kat navigation tu tak sama.Aku suruh jugak awan ikut cakap aku, hahahaha… Biar aku jadi keras sikit. takdelah kena buli jer dengan awan. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dengan selamat tanpa sesat.
  


Apa pun terima kasih tau awan, sebab make my day. Walaupun awan buli saya kawkaw. tapi takpe, saya terima bulian itu.Hahaha.. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. (Cepat lah tahun depan… hahaha)