Thursday, 19 September 2013

~ Word of The Day~




Assalamualaikum...


Happy Friday guys...







Be Positive =






today is my last day being at Sime Kansai Paint...  i will missing u guys. Thanks a lot for everything...


Tuesday, 17 September 2013

~Athirah's solemnization~




Assalamualaikum gegirlzz...



Aku rasa masih tak terlambat lagi aku nak story alkisah events sepanjang Syawal haritu kann. Walaupun dah berlalu, tapi aku nak ccerita gak. Bukan cerita pergi dating or beraya rumah bakal mak mertua hokry..Hehehe…

Actually empat Syawal haritu, classmate time sekolah menangah aku dah selamat mendirikan masjid. Sorang lagi Magenta Gurlz dah selamat jadi wife orang. Laila orang first, lepas Zuraida, then Athirah pulak.. Lepas ni aku tak tahu lah turn sape, Mungkin Falil Nisa, OR Matzian, OR Cik Lai,OR maybe  Suelasteri... ataupun aku sendiri.. kah kah kah…

Ni time Zue kahwin. Time ni aku tak dapay datang, Final exam time tu. Sorry Zue


On that day, aku ngan Lai la antara orang yang lambat sampai. Because we faced problem wif akak tukang balut hadiah kat The Store tu. Kureng asam gelugur betol. Kemain lama dia nak siapkan balut hadiah. Dah la tak kemas. Balut main cincai je. Kalau aku tahu dia nak balut camtu, aku suruh Lai beli jek, then aku balut sendiri.

Dah sampai kat rumah Tirah kengkawan aku dah abis makan. Nasib baik dorang ni baik hati nak tunggu kiteorang makan. Eleh, kalau korang tak tunggu pun bukan korang boleh buat ape pon kannn.. hahahaha.
So nil ah antara gambar aku dan mereka sepanjang majlis.


Aku rasa memang falil punya kenduri la lepas ni.. Buat kat Rest House Teluk Intan. Ye dak?

Popoy, Falil, Me, Matzian, Tirah, Raihan n Lai

Oit Matzian... Ape yang ko usya tu haaaaa....

Pengantin nye klako betoi... 

Gwiomy...

Sebelom berangkat pulang...

Lama kot tunggu nak amik gambar dengan pengantin.... 




  


Balik dari kenduri tu, Lai bukannya nak hantar aku balik rumah. Sedey taw. Mentang-mentang lah aku takde kereta, buli jek aku. (T_T).. Lai abawak aku pergi rumah die. Petang baru nak hantar aku balik. Oke fine. Dan kebetulan, aku sampai jek rumah lai, Aen Jo, jemput pergi rumah die, buat makan-makan katanya. 

Memang rezeki lah aku lah. Mana pernah aku pergi beraya rumah aen sebelum ni. Kat rumah aen, dapat lah aku jumpa dengan member-member dari kelas lain. Seronok-seronok…



Pavlova yang aen buat memag terbaek lah.. Kalau dia buka bakery ak jadi customer die setiap hari.

  


Masa nak balik, Lai anta aku sampai depan sekolah jer, kebetulah ayah aku pergi melawat kazennye kat hospital, so terus amik aku sekali. …


I love my school....


Seronok, sebab raya tahun ni aku dapat beraya reramai dengan kawan-kawan sekolah,. Bukan setakat kawan kelas,but then kawan-kawan kelas lain sekali…Best yaw…








~ Big Family Gathering~




Assalamualaikum


Just quick update bout my last weekend. And its about wedd . My cute cousin selamat melansungkan majlis perkahwinan. Seronok sangat sangat sangat. Aku rasa semua adik beradik mak aku  datang. Untuk pengetahuan korang semua, keluarga side mak aku adalah keluarga yang sangat besar.Kalau dua khemah tu memang tak muat untuk kiteorang semua duduk. Hahaha. Oke sorry sebab aku tak amik gambar dorang semua. Aku ada video jer. (Ada masalah teknikah, so tak boleh nak upload). Sorry guys.. Tunggu aku kawen lah aku upload banyak-banyak…


Kazen aku yang perempuan tu... Cute jerr



Bulan tiga tahun depan insyaAllah kazen aku yang pakai baju purple ni pulek punye turn. 



Darah manis ni... hehehe

Lepas tu baru turn aku…kahkahkah.. very perasan lah aku ni.. (Sila abiskan your degree dulu ye cik syazwani… =P)..


Jom layan gambar jela. Aku tau korang bukannye suka baca panjang-panjang pon.. layannn




Ni anak buah yang paling manjeeee.. adoii

Adoii aku terbantut la plak...

Dan.. aku rasa adik aku yang akan naik pelamin dulu....


Motiff sangat amik gambar before pergi kenduri taww

Wif kakak pengantik.. Alamak gambar pengantin nampak cikit jew..

Haaa... nampak tak muka bahagia jadi penganti tu.. berseri jek

Suprise dari pengantin untuk maknya and sepupu... Sambut birthday sama-sama

Malam berinai... Thats my mum... punya la malu-malu nak pergi renjis-renjis..hahaha

Bilakah turn awak ni???

opss... takde jawapan lagi buat masa ni...





Okeylah... Daaaa~~~









Thursday, 12 September 2013

~ In Global March to Jerussalam~


Assalamualaikum guys...


Throwback: 7June2013

 Pogram ni berlangsung kat dataran kemerdekaan Shah Alam. Yep, aku tahu dah lama sangat pogram ni lepas. Tapi arini baru tergerak hati nak cerita. Hahaha kejam gila aku ni.Actually sem lepas aku terlalu busy la. Banyak sangat mini project nak aku kena cover beberapa subject yabg aku sendiri susah nak paham.

So sementara ada masa dan internet yang menyeronokkan, so aku amik peluang ni untuk share lah apa yang aku buat kat sana. Kalau tak salah aku, pogram tu hari sabtu. Selain membuat jualan amal, dan kutipan derma untuk penduduk-penduduk di Palastine, ada jugak talk dari pengerusi persatuan Aqsa Shariff, persembahan puisi dan flash mob, ada konvoi motosikal berkuasa besar and yang paling best ada live dari Negara-negara islam yang lain. Haaa… aku pun macam tak percaya, Negara yang lain pun buat pogram macam ni dan dalam waktu yang sama. Kalau tak silap aku lebih kurang enam Negara yang buat pogram tu.

Mereka sedang rehearsal...Preparation untuk persembahan malam tu.

Ni kawan-kawan kelas aku yang jadi volunteer untuk jualan amal... Rose to Rose.. Aku just jadi pembeli.hehehe


Meh aku review sikit tentang pogram ni. Sebab sebelum aku pergi pogram ni aku ada terbaca artikel ni. Jom baca,

7 Jun sentiasa diingati dalam dunia Arab dan dunia Islam pada umumnya sebagai hari untuk berkabung. Ia adalah hari apabila masjid ketiga paling suci dalam Islam telah dirosakkan dan dicemari oleh najis Zionis. Dari hari itu pada bulan Jun 1967, Masjid Al-Aqsa kekal dalam cengkaman musuh-musuh manusia yang cenderung kepada perubahan landskap yang beribu-ribu tahun telah membawa bersama-sama semua agama-agama utama dunia menjadi salah satu yang jelas dan semata-mata Yahudi Tahun ini 2013, 7 Jun menandakan tahun ke-46 mengingati Hari An-Naksah atau kejatuhan negara-negara Arab dalam Perang 6 Hari (05 hingga 10 Jun 1967). Kekalahan memalukan memuncak dengan pendudukan Al-Haram As-Shariff Masjid Al-Aqsa dan semua simbol-simbol agama dalam presint Jerusalem yang menempatkan bukan sahaja masjid tetapi juga gereja-gereja dan tempat-tempat suci agama lain, di mana gereja suci Sepulcher adalah satu mercu tanda utama untuk agama Kristian. Beratus-ratus kejadian seperti kebakaran dan pencemaran agama di sekitar bandar lama membuktikan satu agenda jahat Zionis.

Walau bagaimanapun, tahun ini, 7 Jun tidak akan diingati dengan penyesalan tetapi akan dianggap sebagai hari yang akan membawa kembali kebebasan dan harapan kepada Jerusalem. Pada tahun lepas, ‘Global March to Jerusalem’ (GMJ) berlaku pada 30 Mac sempena Hari Tanah (Land Day). Hari Tanah berlaku tahun 1976 apabila kerajaan pendudukan Israel merampas 20,000 dunum tanah daripada rakyat Palestin di kawasan Galilea. Pada tahun ini, Global March to Jerusalem akan dilancarkan bersama-sama dengan kedua-dua Hari Tanah dan hari apabila Baitul Maqdis berada di bawah penjajahan. GMJ akan menjadi titik rali untuk masyarakat seluruh dunia untuk mengembalikan hak rakyat Palestin yang telah diinjak-injak selama lebih enam puluh lima tahun. Ia adalah seperti satu ironi bahawa tahun Deklarasi hak asasi manusia telah diisytiharkan (pada tahun 1948) adalah tahun apabila hak-hak asasi rakyat Palestin telah dirompak dan dicabuli. GMJ adalah satu inisiatif yang dikongsi oleh dunia bebas sebagai ungkapan perpaduan dengan saudara-saudara kami di Palestin yang telah ditindas dan ditundukkan kepada semua jenis penganiayaan.

Kami menyeru agar semua agensi kerajaan di peringkat kebangsaan dan negeri, semua masyarakat awam, semua individu dari semua anutan agama dan etnik untuk bersatu dalam menyatakan keinginan kita untuk melihat kepada Palestin dibebaskan dan mengembalikan hak-hak penduduk itu. Pada 7 Jun 2013, kami menjangkakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang akan membawa sedikit harapan untuk keadilan ditegakkan dan kewujudan secara aman bagi wajah sebenar Jerusalem.

7 Jun 2013 menandakan hari harapan bukan sahaja untuk Palestin, tetapi untuk seluruh kemanusiaan.

Dr Mohd Tahir Abdul Rahman
Pengerusi MyGMJ 2013 (Malaysia Global March to Jerusalem)


 Masa tu aku rasa terharu sangat, rasa nak menangis tengok sokongan-sokongan dari saudara-saudara islam yang lain. Penuh padang dan dataran shah alam malam tu. Kami berkumpul beramai-ramai, solat berjemaah dan mendoakan kesejahteraan kepada penduduk-penduduk dinegara yang bergolak tu. Walaupun malam tu hujan, tiada yang menghalang kami untuk berkumpul demi saudara islam di sana.

Jalan-jalan

See...sangat ramai kan orang.. Ni pun aku duduk kat belakang-belakang


Kitaorang solat kat masjid negeri, lepas tu baru pergi dataran tu balik.


Malam tu aku tak dapat tunggu hingga pogram tamat, Masih pelu mengejar masa supaya tidak terlewat masuk ke kolej. Im not a rule breaker (hahahaha… padahal selalu jek nama tercalon dalam list budak nakal kat hostel). Aku balik sebelum pogram tu habis. Walaupun dapat join kejap, tapi aku tetap puas hati sebab dapat join. Walaupun apa yang aku sumbang tu sikit sangat tapi aku bersyukur sebab Allah izinkan untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Save our land!!!






Wednesday, 11 September 2013

~ 9th at Sime Kansai Paints~



Assalamualaikum....


Wah sangat cepat masa berlalu... lajunya masa ni berlari.. kalah Watson Nyambek.. Dah sembilan minggu aku kat Kilang cat ni, dan bermakna minggu depan adalah minggu last aku kat sini..Cedey cedey cedey... Nanti kena tinggalkan abang-abang and kakak kat sini. Dah takde orang yang aku nak kacau.

Lepas ni dah tak boleh la nak keluar time lunch hour dengan kak Heni kat Jusco. Dah tak boleh nak bergosip dengan abang Herman and abang Dzul. Dah tak boleh nak mintak pendapat dengan Encik Khairi and Zamer. Dah tak boleh mengular dengan Dzulhilmi. Dah tak boleh nak tolong abang Syukri, abang Zul and abang Mujib check thickness and buat label.Dah tak boleh gelak-gelak dengan dorang kat sini, abang Ghani, Rizal, Mr. Khoo and Uncle...
(mesti korang cakap aku dengan lelaki ye...). For your information, kat bahagian yang aku practical ni, kak Heni sorang je perempuan. Yang lain sume lelaki. So nak tak nak aku kena kerja dengan dorang.

Walaupun kadang-kadang aku bosan sebab takde kerja kat sini, tapi bila dah dapat project kemain busy pulak jadinya. Kalah pekerja permenant kat sini. Sampai ada satu masa tu abang Syukri suruh aku uat sikit-sikit je. Sebab dia tak larat nak spray. Betul gak, kesian die nak kena spray aku punya barang yang kadang-kadang sampai enam sample, nak kena spray staff lain punya color lagi. "Soory lah ye Abang Syukri, ni arahan dari boss"

Kalau sape-sape nak rasa hidup dalam keadaan yang sentiasa busy dan stress boleh la minta kerja kat sini. Sebab boleh dikatakan hari-hari akan ada color urgent la product salah spray la. Color yang darker or lighter la.Kadang-kadang customer salah, tapi kena ikutkan jugak.

Itu semua tak menjadi sebab untuk aku rasa tak best kat sini. Walau busy macam mana pun, aku masih suka keadaan kat sini dan kalau ada rezeki memang aku nak kerja kat sini. Aku nak jumpa and bekerja dengan orang-orang kat sini. Okey guys, jumpa lagi akan datang. Maybe in a year, kalau ada rezeki...

Tunggu minggu depan.. Aku akan upload muka dorang semua.. Hehehe...Adios


Monday, 9 September 2013

~ Keberkatan Hidup~















Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu... i love u mum... i love u dad!!!lillahi taala



Sunday, 8 September 2013

~ Dilemma~


Assalamualaikum...

Bila fikirkan kembali apa yang aku akan belajar lagi sebulan ni, rasa macam nak menagis je. Betul ke pilihan yang aku buat ni. Sedangkan aku rasa kedua-duanya ada kebaikan dan kebukuran. Memang kita kena fikir untuk masa hadapan. Tapi kedua-dua pilihan yang ada pun masih mempunyai masa hadapan yang baik dan buruk.

Terkadang bila ada rasa menyesal pilih bidang ni, aku akan cepat-cepat beristigfar... Apa yang aku lalui ni, adalah ketentuan dari Nya. Dua-dua bidang yang aku shortlisted kan ni dua-dua aku minat. Oh dilemma!!!

Masa yang berbaki sebulan ni, aku akan cuba untuk membuat survey dengan orang-orang yang boleh membantu aku. Dan aku menharapakan apa sahaja pilihan itu nanti adalah yang terbaik dan Allah merestui pembelajaranku yang berbaki setahun ni.

Aku harap aku akan grad on time. Walaupun aku tak segempak budak-budak genius, tapi aku happy dengan pencapaian aku yang semakin meningkat..

 "Ya Allah, Engkau redhailah perjalan Nor Syazwani Mohd Yusoff dalam mengharungi ujian dan perjalanan hidupnya. Amin..."





Ujian adalah, tarbiyah dari Allah.. Adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya.





Friday, 6 September 2013

~Lega~



Alhamdulillah… Hari ni aku rasa lega sangat. Hari ni Visiting lecturer datang melawat dan evaluate aku. Neves sangat taw. Alah biasa la.. kalau nak present or masuk exam memang macam ni neves nye. Aku di evaluate ole cik Faeqah dan  Puan Norasmah.
 Bagi pihak SKP pula, En Khairi yang aka nada waktu presentation tu. Sepatutnya En Arifyanto, tapi memandangkan En Arif kena masuk meeting tergempar, so Encik Khairi lah yang kena ganti.Hahahaha…. suka aku. Sebab aku lagi selesa nak present depan encik khairi, sebab aku selalu buat kerja under encik Khairi. So kalau lecturer Tanya ape-apa boleh encik Khairi tolong aku jawab.

Setiap pagi, semua staf akan mengharidi morning assembly, after that we enjoyed morning exercise. Memang best. kalau boleh aku memang nak amik video tu. Buat kenangan and share kat korang. Memandangkan rules kat SKP ni sangat ketat, so aku tak boleh nak sembarangan amik gambar atau rakam video. seedy btol.

Okeylah berbalik pada cerita asal aku, masa lecturer dah sampai, aku rasa lagi mengigil. tak tahu kenapa. Maybe sebab kena present depan lecturer and company’s presentative. Cuak oiii…Selalu kalau present kat depan kawan-kawan and lectuerer yang ajar je.

Masa present tu, memang neves..Sepatutnya nak cerita banyak benda, tapi banyak yang tertinggal sebab cuak punya pasal. Nasib baik time Q&A aku boleh cover balik and explain dengan baik. Walaupun during Q&A session tu aku bantai je cakap melayu, but hey am glad because ill can explain to the lectures nad can answer all the question. Yeay.. Im happy..
Encik Khairi pon banyak support and bagi opinion and comment tentang performance aku.Aku ada terdengar yang Encik Khairi cakap aku ni fastlearner.. hehehe.. seronok. Dah abis evaluation session, baru la Encik Arif masuk and he said, for overall, she is a good trainee here.

Apa pun aku kena tingkatkan confident level aku and the way aku present tu kena improve.Yela aku tak suka hafal ayat. so aku men cakap ikut sedap nak explain la.  Tu yang kadang-kadang tertinggal point. hahaha..padan muka aku.

Satu gambar pun aku tak dapat nak snap. Rules oh rules.. sedey aku taw!! Masa hantar miss ke kereta, miss ada cakap, kalau awak dah abis study, boleh awak amik master and jadi student bawah saya… (masa aku dengar miss cakap camtu..seyes semanagt giler nak sambung master… hahaha.) apa pun aku harapkan yang terbaik untuk masa depan aku. Yang penting harap sangat apa yang aku buat ni Allah redha, walaupun aku bukan hamba yang baik dan sempurna.

okeh lah, nak siap-siap ni. nak makan kambing golek. Company buat open house.. bestbest..tata







Wednesday, 4 September 2013

~Kamu Saja~


Sayangku bagiku kau mempesona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidurku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia





hahaha... kamu sajaaaa~~~~







Tuesday, 3 September 2013

~Hati Yang Kau Miliki~



Setelah lama menyepi, akhirnya kembali untuk meneruskan coretan disini. Kali ini ingin ku ungkapkan mengenai satu anggota organ badan yang indah ciptaannya bernama sekeping HATI. Hati ini acapkali dikaitkan mengenai cinta. Jadi coretan kali ini adalah mengenai hati di bawah naungan cinta.
Berlinang air mataku apabila membaca satu cerita yang berkaitan anggota khas yang Allah kurniakan untuk kita ini…

Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah – tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang bole agar  kilauan dari hati yang ndah itu dapat dilihat  oleh orang lain di sekiarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikit pun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah sempurna seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat meuar-uarkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba- tiba, ditengah – tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju kearah pemuda tampan. Lagaknya, seolah-olah dia mahu membicarakan sesuatu.

“wahai anak muda, mengapa kulihat mu hamper tidak seindah hatiku?’ orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumini orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal/ ada potongan hati yang diambil dan ada potpngan yang lain dimasukkan kedalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan…

“Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?” fikir meraka. Sementara itu, pemuda tampan tertawa.
“Tentu engkau bergurau., wahai orang tua,” katanya.
“Kalau dibandingkan hatimu dan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan keupayaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata,” lanjutnya lagi.
“Ya, memang benar,” tukas si tua penuh kesabaran.
“Keupayaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka dihatiku ini mewakili setiap orang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka  memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi keran potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.
“Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami.” Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah perkataannya.
“Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Iniah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang aku masih miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia disisi.

“Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati?” Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan it uterus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gentar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka dihati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, ia tidak sempurna, kerana ada beberapa kesan patah. Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah daripada sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai yang terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.







So sama-sama kita fikir sejenak.. hati kita ni sudah buruk atau masih cantik.... 

aku rasa hati aku dah banyak lubang-lubang.... ahaksss