Monday, 24 June 2013

~ A day with them~





Assalamualaikum, salam ukhwah….

Hari ni korang menghabiskan waktu macam mana? Duduk termenung melayan Monday blues kah? Or berpuasa sambil bertungkuslumus belajar untuk final exam kah? Atau mencari kerja untuk mencari rezeki demi menampung hidup akan datang? Wah..banyak betul spekulasi yang waNey buatkan… hahaha..chillah.. ittew saje jer nak kasi intro panjang sikit….

So, memandangkan ittew tak berkesempatan untuk berpuasa, iolls menghabiskan waktu siang iolls dengan makan-makan.. bersama classmates and exroomate…Arini hari gumok ittew.. Bak kata myclasmate…

Time program kat MRSM Gemenceh last two weeks, still ada baki perbelanjaan… so, ini  lah salah satu cara untuk menghargai dan menghabiskan duit yang dikumpul..hahaha..konon-konon nak jadikan sebagai catalyst untuk jawab exam yang takde gap and takde masa untuk merehatkan otak.

Atas permintaan seorang kawan, kitorang pergi lah makan kat Seoul Garden, Setia City Mall… Pergi yang dekat-dekat jek dah lah ye.. tak boleh nak berjimba sangat hokeh.Pukul 12 tengah hari berkumpul di hadapan rumah sewa dak laki. Mentang-mentang la korang mendominasi group ni, so sume banda kena follow korang ennnn…

Sampai Setia City, bukannya nak jalan-jalan dulu ke hape ke… terus jek pergi serbu Seoul Garden tu. Ye lah, perut masing-masing dah main heavymetal dah.  Siang tadi tak ramai sanagt orang yang datang kat situ.maybe sebab ramai yang berpuasa ataupun sebab Haze n kan, so tak ramai yang nak keluar.

Oke back to the story. Suppose kiteorang punya crew ni ada 17 orang. Memandangkan 3 orang tak dapat join atas masalah tertentu, 14 orang ni lah yang meng’havoc’kan restaurant tu. Nasib baik lah brother tu pandai letak table kiteorang ni kat belakang. (Korang pon mesti paham apa yang berlaku)

Makanan kat sini not bad laaaa… Walaupun tak sangat banyak, tapi still boleh membuatakn 14 perut ni diam dan layu. Makan-makan, Gelak-gelak, rehat-rehat, tidoq sat…. sambung makan lagi pastu balik. hahahaha.. itulah KAMI….. Malas nak type lah.. bagi gambar jeklah tolong ceritakan tahap ke’happy’an kami hari ni.


Get ready untuk first round

bain & asri

bakaq-bakaq

Orang -orang perut kicik dah stop.

Tak larat nak senyum dah kan.

cuba carik kat mana waNey...

zakiman & pejal

Shuq da surrender ker... rilexs lah

dorang ni memang suka mata camni kat aku..geram baetul.



The masks guy....



ce tengok perut sape lagi besaq


Si pensebok nak masuk gambaq juge... tak aman aku nak posing sesorang

penuh meja....

sebelum makan, snap dulu ape yang patut..

gambar ni kalau aku upload kat moment wechat mesti ade porang pukul aku ni...




Setelah kenyang....


Shuq & saiful











lepas maghrib pulak, Pan datang kolej, amik aku pergi tapau ayam penyet.. Oke sambalnye sangatttt pedas.. tak larat iolss nak habiskan. oke oke oke.. memang makan lagi.. Adoiyaii camno la den ni tak gumokkk,,, asyik makan yo…

Okelah timesup. masa untuk sambung study….. struggle for final exam… plez pray for me.. Ya Allah, permudahkanlah urusan Nor Syazwani Mohd Yusoff… amin.    






Sunday, 23 June 2013

~ Ayat Seribu Dinar~



salam isnin... =)

tak yah nk monday blues sangat la kan....
 



Sempena mode jihad ke jalan Allah ni skang kat skala yang paling tinggi(ececece... last touch la konon sebelum bertungkuslumus sebelum final exam, padahal study last minutes, waNey la tuuu), so tak salah rasanya waNey nak share kan  sedikit tips dan  kelebihan yang kita dapat bila kita amalkan ayat seribu dinar ni


1. membuka pintu rezeki. rezeki selain dari usaha, bekerja keras....kita juga boleh mengamalkan ayat ini mudah-mudahan dengan restuNYA, rezeki kita murah dan diberkati :)

2. menjauhkan dari bala bencana, malapetaka dan perkara yang tak diingini.

3. melenyapkan perasaan resah gelisah. ye kawan-kawan. dari dok post dalam FB atau blog mengadu pada kengkawan yang tak cukup masa nak study, so better  amalkan ayat ini sambil bermuhasabah diri. eceh, nasihatkan orang jek pandai..hahaha... waNey pun akan take note la benda-benda ni..InsyaAllah... baiklah kita amalkan ayat ini sesama mudah-mudahan beroleh ketenangan.

4. kalau mana yang sakit itu, boleh amalkan baca ayat ini sebanyak 3 kali, dan dihembuskan kepada pesakit ataupun dijampi air untuk minum. InsyaAllah. yang penting kena yakin, semuanya atas keizinan Allah.

5. menghindari orang yang zalim seperti musuh dalam selimut,kawan-kawan yang sentiasa mencari salah kita padahal kita tak salah pun, serta pemimpin yang zalim.

6. memudahkan jalan penyelesaian jika ditimpa masalah dan musibah mungkin dengan cara membuat hati kita tenang dan memudahkan kita bertindak rasional dalam menghadapi musibah serta menyelesaikan masalah yang menimpa.

yang penting, jangan hanya baca. fahamkan maksudnya, 
solat 5 waktu serta meninggalkan larangan-NYA.
yang baiknya datang daripada Allah s.w.t
yang buruk itu datangnya daripada hamba jua :)
selamat beramal.
 
 
 
Sebelum start study tu, bacalah doa, minta Allah permudahkan pemahaman kita, selawat, baca ayat seribu dinar ni, usaha dan tawakal...
Selamat beramal...
 


eh coppp... ni bukan untuk exam jek taaw... kalau bole cuba amalkan setiap hari.. tak kisah lah korang still belajar or study...


~N i s f u S y a' a b a n~




Olla peeps.. 

waNey rasa hari ni mesti ramai yang puasa sunat kan… untung lah bagi mereka yang mengamalkan perkara-perkara sunat ni..
actually nak post entry ni semalam, tapi takde line internet la pulak, so postpone la ke hari ni…waNey saje nak share ngan korang apa keleihan malam Nisfu Sya’aban ni, supaya Korang lagi bersemangat nak berpuasa dan buat amalan-amalan sunat ni…
lets checkitout…


Kelebihan malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.


7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.


Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin.



footnote: sedey sikit lah, tahun ni tak semua amalan tu dapat waNey buat.. fruss T_T

~BIrthday Irdina Humairah Mohd Tarmizi~

 

Salamualaik peeps....

Smalam iollss pergi sambut birthday anak buah iolls... hikhik..dua kali dina sambut birthday yeah dis year... aritu sambut ngan atuk.. ni sambut ngan papa n mama....

Ape pun acik doakan dina membesar jadi gegurl yang soleha.... amin... syangg dina...

Eh.. apesal gambar abang kimi pulak yang keluar dulu ni....


Haaaa... ini la birthday gurl... sweet 3 kakak dinaaa... yang sebelah tu kakak iapq cheq.. yang sebalah sana tu abang cheq

mama...cepat la suap dinaaaa....
yang ni menu aku... cam biaso lah

acik & dina.. sebelum pulang ke kampus untuk berjuang..hahahaha





-with luv,
  @cik ₩aNe¥ yang comel..