Tuesday, 14 May 2013

~Priciple of Marriage~

 Salam peeps....

 today i wanna share with you the way to enhance your loving-loving lifestyle.. Almaklum lah kawan-kawan aku pun da ramai yang nak berkahwin dan dah berkahwin, Aku rasa tahun ni paling banyak aku attend kenduri kawen... 

so, ni sikit info yang aku dapat. hope yang bakal-bakan berkahwin tu bole la take note.. hihihi (nasihat untuk diri sendiri jugak)


1)      Marriage is a long term ibadhah. It’s like a marathon. It can be your road to jannah or road to Jahannam. The most important thing is you must have the right knowledge.

2)      Islam is always the ultimate judge. When there is a conflict, always asks, what does Islam says in this matter?

3)      Never and ever in your marriage say anything negative about your spouse relatives/family.

4)      Never and ever argue in front of your in laws, children, relatives or peers, even on facebook.

5)      Never and ever humiliate your spouse in front of anybody.

6)      Never discuss your spouse private secrets with anybody.

7)      Never raised your voice at each other. Be calm and take wudhu if you are angry.

8)      Men are the head of the house while the wife is the advisor.

9)      Spend quality time with your spouse.

10)  Don’t be shame to say sorry.

11)  Never leave an issue/conflict unresolved before you go to sleep.

12)  Never and ever compare your spouse with other people.

13)  Never assume that your spouse can read your minds (especially for women).

14)  Never abuse the god given right of intimate obligation.

15)  Never lie to each other.

16)  Always approach a problem to solve it. A muslim is always part of the solution. Be positive.

17)  Don’t insist on your partner. He will not change overnight.

18)  Give each other appreciation, respect and love EVERY SINGLE DAY.

19)  Never generalize things about your spouse.

20)  Before demanding your right, fulfill your obligation/responsibility first.

21)  Always be mindful to Allah. Look at your spouse as a mirror. Always correct each other.

22)  When something is wrong with your spouse or in your marriage, do not straight away asks 
for divorce, always try to find the best solution.

23)  Be constant in remembering Allah, be grateful to Allah and always complement each other.

24)  Do not pick on each other’s fault. Do not see every fault of your spouse.

25)  Know your responsibility and limits to your parents and in laws. For husband, don’t trade 
your mom with your wife, otherwise you are sending yourself to the hellfire.


footnote: malam ni ada Pogram Awak Jom Kahwin.... tak sabar nak menambahkan ilmu munakahat.

~Amalan Sepanjang bulan Rejab~


Salam sahabat.... 

Terasa sangat cepat masa berlalu, rasa macam baru jek 3minggu masuk sem, tapi rupanya lagi 3 minggu da nak final. Oh mampu kah aku nak menghadam subjek- subjek giga tu...
Ya Allah. permudahkan lah urusan hambaMu yang hina ini.

Sedar tak sedar jugak, hari ni dah 4 Rejab.... Bulan yang mulia....So, aku harap, bulan ni aku mampu untuk menhadapi hari yang penuh cabaran, dapat menambah perkara-perkara sunat,yang wajib tu kena istiqamah

Semangat aku baca artikel-artikel kelebihan bulan Rejab ni. Kat sini aku share ngan korang. Hopefully dapat la korang pon memanfaatkan bulan Rejab ni... Nampak tak macam-macam Allah bagi kat kita. Allah sayang kita... Cuma kita yang tak alert dengan semua ini... 

jom baca!!!




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
 .
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.



AMALAN MALAM REJAB

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.


MALAM 27 REJAB
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.
Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.


 AMALAN BULAN REJAB

1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.

2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
    1. diampunkan dosanya yang lalu.
    2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.


3. Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :



4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :




5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :



6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :



7. Berselawat : 




 
8. Beristighfar Pagi dan Petang :-




9.  Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya  11 kali setiap hari.




10.  Membaca Al-Quran.





ISTIGHFAR

Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.

1 Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar  yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab :

 


2.  Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:






والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Bersamalah kita menuju redha Allah