Wednesday, 27 February 2013

~ Kasih Ayah Membawa Ke 'NERAKA'~




 Assalamualaikum peeps...

Sepanjang cuti ni, tak banyak bendayang aku nak stori. juz time cuti camni la aku ambil peluang pulun baca buku-buku yang takde kaitan dengan chemical, tapi sangat berkaitan dengan kehidupan seharian dan akan datang.

Semalam aku baca Buku 'Murabbi Cinta ' daripada USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL. Seorang ustaz yang banyak memberi jalan kepada pembacanyauntuk membuat pilihan didalam hidup. Sampai lah aku terbaca satu kita tentang kasih sayang. Kenapa aku cakap kasih ayah membawa ke NERAKA???


 Korang baca lah kisah ni, aku copy balik dari apa yang USTAZ HASRIZAL tu ceritakan dalam bukunya.


Tragedi 23 Mac 1994 memberikan teladan yang lebih dasyat. Berita mengenai pesawat Aeroflot penerbangan 593 dari Moscow ke HongKong.

                Penerbangan Kebangsaan Rusia ini memang mempunyai reputasi keselamatan yang teruk. Ia sering menjadi bahan senda gurau, terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang pulang bercuti dengan bajet rendah.

                Kejadian 23 mac 1994 menjadikan segalanya bukan lagi satu gurauan. Juruterbang yang mengendalikan pesawat Airbus A310 itu, Yaroslav Kudrinsky, membawa bersama dua anaknya bercuti ke HongKong kerana Aeroflot ketika itu menawarkan diskaun untuk kakitangan membawa ahli keluarga terbang ke mana-mana destinasi dunia. Aeroflot pula ketika itu sedang rancak dengan kempen rebranding mereka pasca kejatuhan Soviet Union.

                Penerbangan itu adalah penerbangan yang penuh kasih sayang. Si bapa amat teruja membawa anaknya Yana dan Eldar pergi bercuti. Kedua-duanya seronok duduk dibelakang, gembira dan berasa bangga kerana pesawat yang mereka naiki dipandu oleh bapa mereka seendiri. Namun, keseronokan itu diperpanjangkan lagi dengan lawatan mengejut Yana dan Eldar yang ditemani bapa saudara mereka ke cookpit di hadapan. Mana-mana sahaja penumpang, pasti ghairah untuk masuk ke bilik kawalan pesawat. Segala peralatan yang canggih juga pemandangan dari tingkap depan pesawat, ia sangat ekslusif. Yana dan Eldar bertuah berbapakan seorang juruterbang.

                Yaroslav sangat menjiwai dirinya sebagai seorang bapa. Lantas beliau bertindak diluar jangkaan.

                Kasihnya sebagai seorang bapa, telah membawa dia menawarkan tempat duduknya kepada Yana. Anak perempuannya itu sangat gembira. Tetapi Yana sekadar menyentuh kolum kawalan. Apabila Yaroslav mengajak anak lelakinya Eldar mengambil tempat Yana, dia begitu gembira dengan pelawaan ayahnya. Yaroslav terlupa bahawa pesawat itu sedang memecut pada kelajuan ratusan kilometer sejam. Lupa kepada posisi pesawat yang berada pada ketinggian puluhan ribu kaki dari paras bumi. Lupa kepada nyawa manusia yang dipertaruhkannya.

                Eldar telah menolak kolum kawalan dengan kuat dan tindakannya itu menyanggah sistem autopilot selama 30 saat. Apa yang tidak diketahui sesiapa, tindakan Eldar itu sebenarnya telah memutuskan pesawat daripada sistem autopilot yang mengawal penerbangan.

                Biarpun lampu amaran telah menyala, tiada sesiapapun yang emnyedarinya kerana nyalaan itu berlaku tanpa bunyi amaran. Kecuali Eldar. Dia telah memanggil bapanya dan ketika itu semua orang tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

                Pesawat telah membelok setajam 45 degree dan terus-menerus membelok. Kesan g-force telah menghalang Yaroslav untuk kembali ke tempat duduknya dan memegang kembali kolum kawalan pesawat. Setelah puas berusaha, akhirnya Yroslav dan pembantunya berjaya mengawal pesawat, tetapi kedudukannya terlalu rendah hingga tidak mungkin ia diselamatkan. Airbus A310 bersaiz gergasi itu menjunam dan terus menjunam.

                Penerbangan Aeroflot 593 terhempas di pergunungan Siberia membunuh kesemua krew dan penumpang. Tujuh puluh lima nyawa maut dalam pelukan kasih sayang seorang bapa yang bernam Yaroslav.

                Sesungguhnya dalam kejadian yang amat dasyat itu, kasih sayang bapa benar-benar membawa ke ‘NERAKA’

Semoga  menjadi iktibar untuk semua.
                  

masa aku baca cerita tu, hearbeat aku da tak constant.cuak,sedih sume ada... terfikir juga aku macam manalah aku nanti bila bergelar ibu. harap aku akan menjalankan tanggungjawab itu nanti sebaiknya. Amin....

Sunday, 24 February 2013

~Pelajaran hari Isnin~

Salam...

Di pagi isnin yang indah, aku bersama bonda tercinta mengemas laman rumah. Pasu-pasu bunga tu tukar kedudukannye, tanam bunga baru, buang rumput-rumput yang berkaitan. Aku ni banyak main jek dari wat keje. hehehe.. main sentuh-sentuh pokok semalu…

ni la pokok semalu yang cantik tuuu

Pokok semalu ni, daunnye akan menguncup serta terkulai apabila disentuh, dan kembang balik after a few minutes. Memang best bile tengok dye menguncup. Korang terfikir tak kenapa reactionnya camtu. Haaaaa… actually, daunt u menguncup sebab nak protect diri dye daripada dirosakkan.

Mak aku cerita, pokok semalu ni, sifatnya macam seorang wanita.  Korang Nampak tak kaitannya??? Haaa.. camni, orang perempuan yang pakai tudung, tutup aurat, dan ada sifat malu, tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh jugak, dye akan menutup dirinya. Samakan macam pokok semalu tu???

Pokok semalu tu kan tak nak bagi dirinya disentuh. Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan diri. Bila senja, ia akan menguncup layu, sebagai isyarat kepada kaun wanita supaya menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam.

Other than that, pokok ni memang baik untuk orang perempuan. Nak taw kenapa tak??? Sebab dalam amalan tradisional, pokok semalu adalah pkok herba yang bermanfaat kepada perempuan. Nak tau tak gunanya macam mana??? Pokok ni, kena rebus dengan asam keping dan buah manjakani, pastu airnya kita gunakan untuk bersihkan missV  serta akan mengembalikan ke bentuk asal terutama after bersalin. So, kawan-kawan yang bakal berkahwin dan yang dah berkahwin tu, sila berpantang sebaik mungkin…. Hehehe….

Selian dari tu, aku ni kadang-kadang rajin jugak membaca, Ni kisah yang aku ada baca dari buku danblog orang.

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah  dan puteri baginda Fatimah r.a..

Pada suatu hari, Rasulullah  berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
.
Fatimah mengatakan kepada Ayahndanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
.
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
.
Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
.
.
Jadi, wahai para muslimah sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyalah tumbuhan renek yang melata tetapi sifat malu tetap terjaga dan kena pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri.

Saturday, 23 February 2013

~ Jagung – Jagung!!!!! ~


Salam....

Semalam  bawa mak pergi Pasar Sabtu. Kalau bahasa kampungnya, pekan sabtu. Ikutkan hati malas giler nak pergi. Aku ni malas giler nak pergi tempat yang sesak-sesak ni. Disebabkan nak bawa mak, so aku pergi. Yela, atleast aku boleh tolong bawakan bakul. Berat kot nak bawa ikan, sayur, bawang, cili… Bila lagi kan nak amik peluang menolong parents ni.

Sampai je kat pekan tu, ada orang melaung jagung!!!jagung!!!.... Giler rrrr, semangat betul  budak ni jual jagung. Sekali aku pandang….. Lahhh  member sekolah aku rupanya. Dia saja jer melaung kuat-kuat sebab nak suruh aku beli jagung dia. Siotttt jek.hahaha…. Aku cakap kat dia, aku nak masuk dalam dulu, nak teman mak aku beli ikan.

Dalam sejam jugak la mak aku cari barang. Penat juga rasanya. Minta ak belikan air kelapa lemon. Time nak balik tu, tetiba mak aku terlupa beli ape ntah. Aku dah malas nak masuk dalam pasar tu balik. So aku cakap ngan mak aku, aku tunggu kat tempat kawan aku jual jagung tu.

Sementara tunggu tu, kami bergosip la sekejap. dye ingat aku balik kampung sebab nak amik BR1M. Takda maknya aku ni dapat. Dah dapat baucer buku tu pun da sangat bersyukur dah. Sambil-sambil besembang tu aku tolong promote sekali jagung-jagung tu kat orang yang lalu-lalang. Ramai gak yang berenti. Ada yang beli, ada yang Tanya- Tanya tapi tak beli. Hahaha… macam-maam kerenah orang ni.

Ala aku pun camtu gak. Selalu jek cari mauk kedai tapi tak beli. Sebab tak jumpa yang berkenan. Semangat aku ngah berpromote tu, mak aku dah settle beli barang yang nak dicarinya. So aku pun minta diri lah dari jadi promoter jagung tak bertauliah tu. Seronok juga, sembang dengan kawan lama, banyak cerita kawan-kawan sekolah rendah, ada yang dah ada tiga orang anak,. Seronok!!!!

Masa nak gerak balik tu, suami kawan aku tu tegur,
“Eh, tak nak ke bli jagung ni??”
“Ehhh, takpe-takpe.. kat kebun kiteorang pun ada banyak jagung jugak. Tunggu masa nak petik je tu” aku jawab dengan wajah yang selamba dan berlalu pergi…..


ape motif aku letak gambar haa aku pun xtaw.. da dua tahun lepas da kot gambar ni


sebab ni la kot aku letak gambar kat atas tu. sebab nak tunjuk kat sini lah aku jumpe balik kwan-kawan sekolah rendah.


Kawan aku yang perempuan tu, best giler tengok dye ni ngan suami dye.. kelakar... member aku nii kalo dapat gelakkkkk, korang pun mesti bole tergelak tengok dye gelakk... haaa dasat tak???



Saturday, 16 February 2013

KENAPA BABI HARAM???



Tajuk entri ni pun dah macam menyakitkan mata kan? Ada ke patut tanya soalan macam tu, memang lah haram. Nama pun babi kan. Kalau kita sebut depan orang pun orang akan marah.

 “Hey! tak baek lah mencarut macam tu.”
“ Tak perlu kot nak sebut babi. Sebut lah khinzir kan lagi sopan”

Mesti ayat-ayat tu yang akan keluar kan. Babi memang sejenis haiwan yang Allah larang untuk kita sentuh sesuka hati. Apalagi untuk makan dagingnya.

“ Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi,dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik,dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh, dan yang mati ditanduk,dan yang mati dimakan binatang buas,kecuali yang sempat kamu sembelih,dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa daripada agama kamu. Kerana itu janganlah kamu takut keppada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan  Islam itu menjadi agamamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ma’idah 5:  3)

Haa… korang dah fahamkan based on ayat Al-Quran tu. Selain dari tu, kita jugak tak boleh makan binatang yang mati tanpa sempat kita sembelih. So kalau lembu, kambing , ayam yang tak disembelih orang islam dan yang mati bukan kerana disembelih like mati kena langgar ke.. So still kita tak boleh makan.

Kalau ikan ke sotong ke udang ke macam mana kita nak tahu halal di makan ataupun haram. Kan tak boleh disembelih. Korang pernah terfikir tak macam mana? Allah S.W.T Maha Bijaksana, sebaik-baik pengatur alam…

“ Dan tidaklah sama keadaan dua laut, yang satu yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit.  Dan daripada tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; Dan kamu lihat kapal-kapal membelah air belayar padanya supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.”  (Fatir  35:  12)
  
Aku bersyukur sangat hidup kat bumi Malaysia ni. Islam as agama rasmi. Nak cari makanan halal tu kat mana je ada. Kira tak mati kering lah nak cari makanan halal. Tapi terkadang aku terfikir, zaman teknologi ni semua benda dah pakai mesin. Daging-daging pun dah banyak daging ais. Macam mana nak tahu yang haiwan-haiwan tu disembelih dengan cara yang betul. Orang Islam ke yang sembelih ayam- ayam tu..

Apapun, sebelum makan apa sahaja makanan, kita kena ingat, kita mesti baca doa. Sebagai peringatan untuk diri dan perkongsian agar kita berhati-hati… Selamat makan makanan di Malaysia yang sedap-sedap


Friday, 15 February 2013

~SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1434 HIJRAH~



Salam ya sahabat….

Macam mana sambutan maulidurrasul kat tempat korang? Mesti meriah dengan selawat ke atas baginda Rasullah S.A.W… Kat kampung aku ni pun tak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Maulidurrasul. Walaupun sambutan tersebut diadakan lewat tiga hari, yang penting niat tersebut masih kuat di hati.

Pada hari ahad, 27 Januari 2013 besamaan  15 Rabi’ul Awal 1434Hijrah pertandingan  dan perarakan di ada kan.. Tujuannya untuk sama-sama berselawat di samping untuk memupuk semangat kebersamaan di antara penduduk setempat. Selain itu, ia dapat mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin. Amacam??? Bagus tak ayat karangan aku, kah kah kah.. Masa hari ahad ni, aku tak pergi tengok pun. Sebab aku pergi ziarah arwah sepupu mak aku meninggal. Tapi yang aku dapat tahu, perbarisan kawasan taman kiteorang mendapat johan perbarisan.

The next day, isnin 28 Januari 2013, 16 Rabi’ul Awal 1434Hijrah pertandingan marhaban, nasyid, azan dan hafazan telah diadakan. Marhaban tu untuk golongan mak mak… sebab, kat hilir perak ni kebanyakan kumpulan marhaban ni di monopoli oleh geng mak mak…. nasyid, hafazan and azan pulak untuk acara pelajar-pelajar sekolah agama...(sekolah yang kite pegi petang-petang tu yang pakai kain warna hijau tu… huhuhu)

Masa pertandingan tu aku datang… waaa rajin tak aku.. huhu actually my mom and da geng msuk pertandingan marhaban tu….Sebelum keputusan di umumkan, YB kawasan aku ada bagi pesanan dari Tan Sri Harunsani yang mencadangkan agar pada tahun-tahun akan datang, Alunan marhaban tu ditukarkan dalam lirik bahasa melayu, sebab sekarang ni dalam bahasa Arab. takut ianye sekadar bacaan bukan sekali dengan penghayatan.

Aku pun bersetuju dengan cadangan Tan sri tu. and kalo bole, perbanyakkan aktiviti keagamaan kat kawasan kiteroang ni. Libatkan golongan remaja dan belia tu penting. sedikit sebanyak kita dah bole memberi pendedahan kearah kebaikan…kann… setuju tak? setuju tak? sila vote ea..hahaha

 And Alhamdulillah kumpulan marhaban mak aku mendapat tempat pertama dalam pertandingan tu….masa tunggu keputusan dari pengacara majlis, kiteorang yang anak-anak ni yang berdebar kemain…huhuhu… geng-geng marhaban yang lain pun hebat-hebat belako… seronok bila tengok mak mak ni happy menang pertandingan… macam macam ragam…
malas nak cakap banyak-banyak. So, korang tengok jek lah gambar-gambar ni. nanti ada rezeki aku upload video dorang marhaban pulak ye...


ni di antara peserta yang masuk bertanding.. ak terlupa nak ambil gambar semua kumpulan. ye lah excited tunngu turn mak aku jek,hahahaa...



 









      piala kemenangan... mak aku bersama tok guru.. hehehe Ustazah yang ajar marhaban tu.


                               ni plak aku ngan tieka. anak ustazah tu. merangkap jiran dpan umah...kakaka