Saturday, 12 January 2013

~ Tips Perkahwinan dari UAI~



 assalamualaikum...

 seharian dok menggodek-godek apa- apa yang patut untuk merehatkan otak ni dari belajar Simulation, bukak website tu bukak website ni... sampai la ke website yang ni....
hahaha... ni aku memang copy paste trus dari website tu... sedikit sebanyak info ni boleh membantu kan.. who knows...

lets read....



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





footnote: even UAI ni selaku  buwat lawak dalam ceramah die.. tapi dalam lawak tu pun ada               maksud     jugek..

Wednesday, 9 January 2013

~ S . O . L . A . T~


Assalamualaikum...



harap korang semua sihat di bawah naungan Allah S.W.T....

hari ni aku tak ada exam.. so ber-relexing sahaja...

korang pernah terfikir tak, kadang-kadang kita solat tu Allah terima tak solat kita? Yela bila dengar azan  jek mesti akan ada perasaan malas nye nak bergerak.. malas nak amik wudu'... mesti akan ada yang cakap "ala...kejap lagi la solat, waktu panjang lagi" or " nanti- nanti lah, nak tidur sikittttt jek lagi" macam- macam peel kan nak mintak excuse.. padahal masa malaikat nak cabut nyawa, for sure lah tak boleh nak mintak excuse kan..

oke kalau dah siap amik wudu' and ready for solat, kadang-kadang tu bacaan dalam solat tu nak cepat aje.. tajwid sume langgar... focus tu sure lah dah hilang kan.. rukuk and sujud tak sampai 5 saat. da berdiri balik... tak rase klakar ke kalo solat cam tu... kalau tak percaya record la time korang solat cam tu..

oke da siap solat.... da bagi salam kat malaikat kiri dan kanan.. baca doa plak... baca jek la apa yang ingat.. minta apun dosa untuk diri sendiri n mak ayah. itu pun kalo ingat,,,kekadang tu nak cepat sangat baca jek la apa- apa pon, janji doa.. doa makan pon bole..(yela fokus dah hilang kan)..

harap kita semua tidak menjadi seperti itu... solat ni bukan nye benda main-main... nak solat ikut dan je... nak solat ni kita kena betul-betul ready. bersedia dari segi fizikal dan mental.mesti kena focus.. syaitan ni memang akan tetap berusaha menghasut kita untuk berangan-angan dalam solat. tapi kita kan lagi pandai dari syaitan.. so kena lah cepat-cepat tangkap balik focus tu... rebut ngan syaitan tu sampai kita menang..hihihi.. mesti masa tu syaitan menangis sebab tak berjaya menghasut kita kan kan kan...

selesai memberi salam.. jangan la terus tanggalkan telekung/ kain pelikat tu.. lepak lah dulu atas sejadah tu lama-lama sikit..(ala lepak kat cafe pon bole berjam-jam..tak kan kat sejadah 10  minit pon tak bole... tak awesome lah kan...) ber zikir sikit... wirid... pastu doa... minta Allah ampunkan dosa- dosa kita, dosa keluarga kita, cikgu-cikgu kita, kawan-kawan kita dan seluruh umat islam.. kita semua kan bersaudara... minta Allah tetapkan iman, minta Allah lindungi kita..doakan saudara-saudara kita yang berjihad di Palastine ... minta je apa yang korang nak.. sebab Allah suka orang yang meminta kepada-Nya.

ni aku ada letak sekali bacaan dan terjemahannya sekali. kalau korang taknak baca yang bahasa arab, yang bahasa melayu pon bole. ikut keselesaan kita. ni just peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri yang aku share ngan korang semua... Ilmu tu harus dicari, tak kan datang bergolek kat depan kita. dan ilmu yang kita ada tu, kena la share.. kalau simpan sorang- sorang pun bukan nye bagus pun.

Btw, the main thing yang aku nak share ngan korang dalam entry kali ni sebenarmya berkenaan bacaan wirid ni. semoga kita semua dapat menghayati dan  beramal dengannya nanti insyaAllah...


Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu


Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera
Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)


Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah ayat 255)



Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ali-Imran ayat 18)
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)
(Ali-Imran ayat 26-27)


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya  (Al-Ikhlas ayat 1-4)



Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)


Tuhanku/kami, Penjagaku/kami

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya



Segala puji bagi Allah

Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan


Allah Maha Besar

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
footnote: berubaha ke arah kebaikan adalah kemanisan bersama!! 

Tuesday, 1 January 2013

~ 4th~



when i am mad at you,
it's not because i hate you.
it's because u're not being the one
like u always did.

when i cry,
it's not because u've hurt me.
it's because u've hurt yourself.

when i am happy,
it's not because my life is perfect.
it's because i see u've changed to someone better.

when i seems to control you,
it's not because i want to,
it's because i'm too scared to lose you
untill i can't even think
the rational thing.

remind me.
that you always love me.
remind me.
that you always think that i'm the most
cutest n childish girl.
remind me.
that i'm your future wife.

those things that u always told me.
is the thing that keeps me happy.
iloveyou.
no matter what.
and you know that 







uhibbukafillah...

~ 1 januari 2013~



  Selamat tahun baru kawan-kawan...


So came korang punya sambutan tahun baru? mesti meriah kan... confirm-confirm ada yang pergi ke KLCC, I-City atau Setia Alam City Mall atau kat mana- manalah tempat yang korang boleh berkumpul ramai-ramai nak celebrate tahun baru..nak tengok bunga api... sambut dengan kawan-kawan, family, bf/gf... wah!!! sungguh meriah...

Aku punya tahun baru? haaaa... ni yang nak cerita kat u olls ni... best giller sambut tahun baru... kat dalam bilik, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam.tapi tak sambut sorang-sorang... hehe... bertemankan encik/cik/tuan/puan  BUKU. hishhh itu lah sambutan tahun baru aku..but hey.. aku xde la looser sangat, aku tengok gak  bunga api yang kat I-City tu.. walaupun tengok dari jauh.. tpi still jelas and bunyi pon kuat.. oke la tuuu (ayat pujuk diri sendiri...kikiki)
          ni kat masjid negeri Shah Alam... ramai yang datang untuk sambut Tahun baru bersama UAI
kalau tak salah, dalam 120k orang yang datang... subhanaAllah...

Orang lain sambut tahun baru  mid-nite jek.. aku plak continue time maghrib... AJK Surau Kolej aku ada buat solat hajat perdana... Yang ni lagi nice dari tengok bunga api tu... start pogram tu dengan solat maghrib---> bacaan Yaasin--->sedikit pengisian ----> solat isyak ----> solat hajat ----> bersurai


Full house habaq hanggg... aku datang masa azan maghrib, penuh dah. sampai kat luar orang yang datang solat.  Alhamdulillah.. kalau hari-hari cam tu mesti seronok.. Aku pon mesti la solat kat luar.. dah nama pun datang lambat kat..hihi.. lagi best solat kat luar.. berbumbungkan langit, berlampukan bulan dan bintang, ber air-condkan angin... i feel good, nice, awesome, speechless... subhanaAllah..betapa banyak nya nikmat yang Allah bagi. tapi terkadang tu kita alpa... (manusia = pelupa) 


Dalam pengisian tu, sahabat tersebut banyak memberi nasihat tentang perkara-perkara yang kita selalu terlepas pandang lebih-lebih lagi musim exam ni. Yelakan masa-masa suntuk camni meter stress tu memang da nak maximum level.. sedang kan menuntut ilnu tu bukannya untuk stress..tapi untuk membantu kita, so mungkin salah tu ada pada diri kita sendiri yang study last minit... esok nak exam harini baru nak buat nota..baru nak tengok pastyear paper..baru kelam kabut nak tengok buku text nak buat example..(hihi aku la tu... da terkena seketul...)


sahabat seperjuangan... 

Apa pun yang penting kita harus berusaha sebaik mungkin...jawab exam tu secemerlang yang mampu dan lepas tu tawakal tu Alallah...bertawakal kepada Allah.. kalau tak bleh buat atau rasa jawapan tu salah masa jawab exam tu, jangan terlalu sedih.. takut akan menggangu untuk study subject next tu.. emosi juag perlu dijaga dengan baik waktu-waktu exam ni.

Bersangka baik dengan orang sekeliling, think positive, banyakkan berzikir, supaya hati kita tenang.. bila hati tenang, semua banda pon akan berjalan lancar. Sampai sini je la dulu.. nanti ada masa free
aku update la lagi...




     serious tak muka aku.. huhu





footnote; kawan-kawan.. aku minta maaf kalau ada tersalah yang aku buat dan terlepas pandang.halalkan makan minum, ilmu yang korang ajar or anything la yang berkaitan. Doakan aku dapat buat yang terbaik untuk final exam ni. dan berjaya di dunia dan akhirat.. aku pon doakan korang berjaya juga..